Thursday, February 3, 2022

Kereta terbabas, terbakar di Tumpat, 3 mangsa maut

 

Kereta yang terbabas dan terbakar juga mengakibatkan sebuah kereta lain yang diletakkan berhampiran serta sebuah rumah turut terbakar 30%. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tiga mangsa maut dengan dua daripadanya rentung apabila sebuah kereta terbabas dan terbakar di Tumpat, Kelantan awal pagi tadi.

Kejadian pada kira-kira 2 pagi itu membabitkan sebuah Honda HRV dari Cabang Tiga Kepulau menghala ke Wakaf Bharu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat Mohd Azmir Damiri, seorang mangsa adalah lelaki berusia 33 tahun, manakala dua lagi belum dikenal pasti.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta itu dipercayai terbabas menyebabkan seorang daripada mereka tercampak keluar beberapa meter dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini, lapor Berita Harian.

“Dua lagi rakannya rentung dalam kereta yang sedang terbakar dan kita sedang mengenal pasti identiti mereka.”

Kejadian itu turut menyebabkan sebuah lagi kereta terbakar, iaitu sebuah Proton Wira milik penduduk kampung yang diletakkan berhampiran, serta sebuah rumah kosong yang terbakar 30%, kata Azmir.

Semua mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.04 pag, dan apabila tiba di lokasi kejadian, anggotanya mendapati api sedang marak.

“Kelihatan seorang mangsa yang sudah meninggal dunia berada beberapa meter sahaja dari kereta, manakala dua lagi masih dalam kenderaan yang sedang terbakar.

“Kereta itu dipercayai terbabas sebelum terbakar dan turut terlanggar tiang garaj sebuah rumah kosong yang menyebabkan rumah itu turut terbakar,” katanya.

Api dapat dikawal sepenuhnya pada 3.35 pagi, kata Wan Baijuri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.