Wednesday, February 2, 2022

Sebat PATI lakukan kesalahan berulang, polis beri cadangan kepada kerajaan

 

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Hazani Ghazali, berkata selain PATI, warga tempatan yang menjadi dalang termasuklah tekong darat turut diburu ketika ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis mencadangkan kepada kerajaan supaya mengenakan hukuman sebat terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melakukan kesalahan berulang menggunakan pangkalan haram masuk ke negara ini tanpa permit sah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Hazani Ghazali, berkata pendekatan itu merupakan satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.

“Kami sama sekali tidak akan berkompromi berkait isu PATI kerana ia boleh memberikan kesan kepada keselamatan negara,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, selain PATI, warga tempatan yang menjadi dalang termasuklah tekong darat turut diburu polis ketika ini.

Beliau berkata, kawasan rumah penduduk yang mempunyai pangkalan di sepanjang sempadan negara ini turut disenaraikan sebagai pangkalan haram.

“Kalau pemilik terlibat secara langsung, kita akan kategorikan mereka sebagai tekong,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.