SERDANG: Pengajaran insurans dan takaful kepada murid Tahun 6 dedahkan sukatan pelajaran semakin berat, kata Pensyarah Pengajian Pendidikan UPM, Othman Talib
Beliau persoalkan kewajaran KPM masukkan tajuk insurans dan takaful dalam buku teks matematik murid berusia hanya 12 tahun, walhal ramai orang dewasa sendiri tidak mempunyai kefahaman mengenainya.
“Kita kenalkan dia dengan takaful untuk apa? Kita (orang dewasa) sendiri… faham tak?” tanya beliau.
Beliau menyifatkan subjek insurans dan takaful untuk murid Tahun 6 sebagai membazir masa dan dibuat tanpa perancangan teliti.
“Katalah (selepas Tahun 6 ), mereka akan belajar lagi di Tingkatan 4, tapi dari Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, ..benda itu ‘meaningless’ (tidak berguna). Mereka akan lupa.
mencetuskan luahan terbuka masyarakat terhadap nasib anak masing-masing
“Di Barat, mereka hapuskan sistem gred. Awak tak tahu, anak awak dapat berapa A. Othman sedih melihat keluhan ibu bapa berhubung keperluan anak mereka dipaksa belajar silibus berat dan lebih tinggi berbanding tahap kefahaman mereka.
My comments :
Saya setuju dan tidak setuju. Saya setuju mengajar topik dan pelajaran yang praktikal dan berguna kepada anak-anak sekolah.
Bukan saja kiraan insurans (saya kurang yakin takaful, sebab ianya insurans juga tetapi bertopengkan nama Arab) tetapi pelajar sekolah patut diajar fahaman dan kiraan Perjanjian Sewa Rumah, Sewa Premis Perniagaan, Perjanjian Pinjaman 'Hire Purchase' untuk beli motorsikal, kereta, kiraan pinjaman bank dsbnya.
Tetapi seperti Profesor Othman Talib tadi, saya tidak setuju topik pelajaran ini diajar kepada pelajar Tahun 6. Bebudak umur 12 tahun tidak akan faham atau appreciate pengajian seperti ini. Bagi saya pelajaran ini lebih sesuai bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Sebab mereka sudah lebih matang pemikiran dan juga menghampiri dewasa, mencari kerja, sewa bilik, beli motorsikal dsbnya.
Berkenaan sistem negara Barat yang tidak mementingkan sistem peperiksaan - itu berasaskan keadaan masyarakat mereka yang mempunyai dynamics tersendiri yang tidak semestinya sesuai bagi masyarakat kita.
Yang menjadi hakikat dunia ialah negara-negara yang makin maju dan menjadi gergasi ekonomi, menjadi kuasa dunia, yang menguasai industri tertentu seperti komputer dan artifical intelligence (seperti China, Korea Selatan, Jepun, India, Taiwan, Singapura, Rusia dan sekarang Vietnam) masih berpegang kepada style lama ia itu apa yang di silap tafsir dengan panggilan rote learning system dan exam based system. Rote learning maksudnya 'menghafal' atau memorisation.
Pemikiran "baru" di Barat mengatakan kononnya sistem rote learning (atau sistem menghafal) kurang menjana kreativiti. Bagi saya ini adalah satu tanggapan yang sangat tersilap.
Orang putih kata 'the proof of the pudding is in the eating" yang bermaksud 'kebenaran sesuatu perkara yang sudah pun terbukti - tidak perlu berdebat atau bertelagah lagi.'
Contohnya jawatan CEO-CEO syarikat Fortune 500 gergasi di Amerika Syarikat makin dikuasai oleh eksekutif dari India yang dididik di India mengikut sistem pendidikan "exam based" dan "rote learning" juga.
- Sundar Pichai, Alphabet. ...
- Satya Nadella, Microsoft. ...
- Parag Agrawal, Twitter. ...
- Leena Nair, Chanel. ...
- Shantanu Narayen, Adobe Inc. ...
- Arvind Krishna, IBM. ...
- Sanjay Mehrotra, Micron Technology. ...
- Nikesh Arora, Palo Alto Networks.
Tetapi syarikat teknoloji yang menjadi gergasi terbesar di dunia sekarang terdapat di China - seperti TenCent, China Petroleum, Ali Baba, Huawei, Geely, Cherry dan banyak lagi. Mereka sangat bergantung kepada teknoloji canggih dan terkini dan kesemua syarikat gergasi China ini diurus oleh CEO-CEO Cina yang dididik di China mengikut sistem 'exam based learning' dan 'rote learning' juga.
CEO dan syarikat-syarikat mereka semua berjaya bersaing di persada antarabangsa, mereka adalah sangat kreatif dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang menjadi rebutan pasaran dunia.
Dan dalam penerbitan scientific research papers pula China dan India masing-masing menduduki tempat No. 1 dan No. 4 di dunia.
Dan negara gergasi baru ini masih mengikut sistem pendidikan yang berasaskan exam based dan rote learning juga.
Setiap tahun China, Singapura, Macao, Hong Kong, Taiwan menjadi Top 5 jaguh dunia dalam sistem penilaian pendidikan PISA.
Matahari terbit di Timur. Dan terbenam di Barat. Elok kita tukar kiblat ke arah baru.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.