Wednesday, March 2, 2022

Polis siasat kes tipu jual tiket bas VTL

 

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pasukan Polis Singapura dalam siasatan kes itu. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang menyiasat kes penipuan membabitkan penjualan tiket bas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima semalam berhubung penipuan penjualan tiket itu terhadap pekerja Malaysia di Singapura yang dibeli secara dalam talian dan juga menerusi Facebook.

“Polis Kontinjen Johor ambil maklum isu yang dilaporkan dan akan menjalankan siasatan terperinci,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan pasukan Polis Singapura dalam siasatan kes itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.