SARIKEI: Lapan unit kedai dua tingkat yang menempatkan bengkel kereta, bengkel kimpalan, unit kediaman serta ruang ternakan burung walit musnah dalam kebakaran di Jalan Industri di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Mahmudin Narudin berkata, tindakan pantas pihak bomba membolehkan empat unit rumah kedai yang terletak bersebelahan itu berjaya diselamatkan dalam insiden pada kira-kira pukul 7 malam.
Beliau berkata, api marak dengan pantas berikutan dinding pemisah ruang dan lantai bangunan itu diperbuat daripada kayu, selain terdapat pelbagai bahan mudah terbakar disimpan di bengkel kereta berkenaan.
“Satu pasukan dari BBP Sarikei dan satu dari BBP Bintangor digerakkan ke lokasi sebaik sahaja pihak kami menerima panggilan pada pukul 7.31 malam. Kebakaran berjaya dikawal pada 11.33 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.48 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, sebuah lori “skylift” milik seorang pengusaha bengkel berdekatan turut membantu dalam usaha pemadaman api bagi menghalang kebakaran merebak.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.