Tuesday, May 24, 2022

Apabila Keperluan Kepada Dongeng Lebih Penting Daripada Keperluan Kepada Kebenaran

 Sila lihat video yang ringkas ini.

 

Saya melihat beberapa perkara yang timbul daripada perbincangan dalam video ini. Ada yang lebih mudah dikupas (atau sangat mudah) dan persoalan lain pula perlukan penglibatan pakar saikoloji (dan mungkin psychiatry).

Yang mudah dikupas itu jika terdapat lojik, rasional serta bukti (evidence) daripada sejarah yang jelas dan yang boleh diterima semua orang dengan mudah. 

Tanpa perlu kepada meninggikan suara atau kepada diktat 'Setuju tak setuju, we dont care, inilah kepercayaan kami' . 

Al Quran sebut 'qul haatu burhanukum inkuntum sadikin'  (Surah 2:111) yang maksudnya "katakanlah, bawalah bukti-bukti kamu jika kamu benar."


So please show your evidence. Tunjuklah bukti.

Kalau ada bukti yang jelas then lagi senang untuk kita berbincang. Can talk easily. Perkara itu akan selesai. Kalau tidak ada bukti yang jelas maksudnya akan perlulah kepada meninggikan suara, memekik-mekik, kepada kemarahan, kekerasan dsbnya. Perbincangan pun takkan ke mana.

Saya pernah bacalah sedikit pasal Pelayaran Hang Tuah dsbnya ditulis oleh seorang pengkaji tempatan bergelar "Dato". 

Rupanya Hang Tuah juga seorang ahli linguistik yang boleh bercakap "Keling" (Tamil?), boleh cakap bahasa Itali, boleh cakap Siam dan juga bahasa Arab.

  1. rajanya Kisna Rayam sangat terkesan Hang Tuah fasih berbahasa Keling. 
  2. Hang Tuah yang fasih berkata-kata dalam bahasa Rom
  3. Raja Siam sangat tertarik kepada Hang Tuan fasih bercakap bahasa Siam.
  4. pemerintah Jeddah sangat tertarik Hang Tuah amat fasih berbahasa Arab

Saya rasa ini adalah cerita rekaan dan susah untuk dibuktikan oleh sesiapa pun. Mungkin Hang Tuah geng DKK juga (darah keturunan Keling) dan fasih cakap Tamil. Pasal Rom dan Itali pula hikayat pelayarannya tidak sebut pelayaran oleh Hang Tuah ke Rom. Tetapi sempat juga Hang Tuah fasih cakap Itali.

Penulis itu juga cadangkan kapal Hang Tuah bernama 'Mendam Berahi' telah belayar menerusi terusan lama Firaun (Canal of the Pharaohs) dari Laut Merah masuk ke Sungai Nil dan ke Laut Mediterranean.

"Pelayaran Mendam Berahi dan segala perahu Melaka ke Mesir walaupun tidak
disebut dalam Hikayat Hang Tuah, namum besar kemungkinan mereka telah belayar
melalui terusan purba yang dibina pada zaman Firaun dari Laut Merah ke Sungai Nil,
iaitu sebelum pembinaan Terusan Suez pada zaman moden, seperti yang tercatat
dalam peta berikut" 



Tetapi ikut Wikipedia juga terusan Canal of the Pharaohs itu telah dikambus 700 tahun sebelum zaman Hang Tuah: The Canal of the Pharaohs, also called the Ancient Suez Canal or Necho's Canal, is the forerunner of the Suez Canal, constructed in ancient times and kept in use, with intermissions, until being closed for good in 767 AD

Soalannya macam mana pula Hang Tuah boleh belayar masuki sebuah terusan yang sudah dikambus dan ditutup 700 tahun sebelum Hang Tuah lahir? The Canal did not exist anymore. Jadi cerita Hang Tuah belayar masuki Canal of the Pharaohs jelas adalah kesilapan atau 'embel-embel' yang bukan kecil juga. 

Juga karya seperti berikut:

  • Maka berlakulah peperangan dan Hang Tuah membaca pustaknya menyebabkan segala bedil Jepun tidak meletup 
  • Hang Tuah telah membaca pustakanya sehingga bedil-bedil kapal Potugis tidak dapat berfungsi lagi

Apa benda pula  "membaca pustakanya menyebabkan segala bedil tidak meletup" ??? 

(Apakah maksud rangkai kata membaca pustakanya? Maksud rangkai kata membaca pustakanya ialah melafazkan jampi.)

Jampi pula! Hang Tuah main black magic !  Habis macam mana pula Portugis boleh serang dan menawan Melaka? Kenapa tidak di baca pustaka bila Portugis serang Melaka? (Imagine, hari ini tak akan ada peninggalan kota A Famosa di Melaka. Kena selfie kat tempat lain.)

And then ada juga kisah Hang Tuah dongak kepala sewaktu makan kangkung di negeri Cina.

Pelayaran Hang Tuah ke Benua Cina -  Di Benua Cina Hang Tuah dan rombongannya dapat mengadap Raja Cina yang berada dalam singgahsana berupa mulut naga emas, tetapi tidak dapat menatap wajahnya kerana semua dilarang daripada menatap wajahnya. Namun melalui helahya, iaitu memakan sayur kangkung yang panjang yang tidak dipotong, maka beliau dengan mendongak kepala sambil makan kangkong yang panjang, dapat melihat wajah Raja Cina.

Bagi saya cerita ini pun agak ganjil sebab ini bukan fe'el yang baik atau betul, especially bila Hang Tuah digelar  'RAJA DUTA KERAJAAN MELAYU MELAKA' ke negara-negara lain. 

Seorang Raja Duta pasti akan menghormati Maharaja di negeri yang dilawatinya, terutama sekali menghormati adat diRaja dalam Istana diRaja. Takkan Raja Duta yang paling diplomatik dan disanjung raja Siam, raja Keling, disanjung raja Rom dan diterima baik Maharaja Cina akan buat helah untuk curi-curi mendongak kepala sewaktu makan kangkung hanya untuk melihat wajah Maharaja Cina?

This is a childish story lah. Dan sekali lagi tanpa sebarang bukti yang boleh diterima. Serupa cerita Hang Tuah belayar masuk terusan Firaun yang telah pun dikambus 700 tahun sebelum itu.

Jadi this is the easy part. Inilah bahagian yang mudah. Kalau tidak ada bukti sejarah yang kukuh atau apa jenis bukti pun (no evidence) maka cerita itu adalah dongeng dan tidak benar.

Soalan yang lebih rumit pula kenapa orang masih berpegang kepada cerita dongeng, cerita yang tidak ada bukti kukuh atau apa jenis bukti pun? Apakah peranan kepercayaan kepada dongeng itu   dalam saikoloji sesuatu masyarakat atau kaum? Why do people need these cerita dongeng?

Jawapannya pelbagai. 

1. No heroes, lack of self esteem.

Katakanlah sesuatu masyarakat itu tidak mempunyai hero-hero saiz gergasi (seperti Genghis Khan, John Wayne, Julius Caesar, Superman, Abraham Lincoln, Santa Claus dsbnya) ia mungkin akan memberi kesan besar kepada keyakinan diri (self esteem) masyarakat itu. Mereka akan merasa kerdil tanpa hero-hero zaman silam (tidak kira hero yang benar wujud atau hero yang di imagine-kan).

Ataupun sebaliknya, hero-hero zaman silam (samada betul atau yang di imagine-kan) perlu untuk sokong kebangkitan semangat agresif nasionalis dan patriotik. 

Benito Mussolini diktator Itali pada zaman Perang Dunia 2 sering merujuk kepada Julius Caesar dan zaman kegemilangan empayar Rom untuk 'menghasut' orang Itali menjajah tanah orang.

Hari ini di Mongolia, mereka membina patung gergasi untuk mengingati Genghis Khan dan zaman kegemilangan Empayar Genghis Khan. 

 

Hari ini Mongolia adalah negara miskin dan di bawah telunjuk "ekonomi" negeri China. Mungkin patung gergsi atau Statue Genghis Khan itu akan membantu naikkan semangat orang Mongolia untuk membangun semula dan menjadi masyarakat yang besar.

2. Cocoon Civilisation; Identity politics (atau politik perkauman).

Ini lagi merbahaya tetapi masih popular dikalangan ahli politik yang kurang berpendidikan dan tidak mempunyai idea lain untuk bangunkan negara. Maksudnya mereka bodoh. Instead of bangunkan teknoloji, sains, industri canggih, pemikiran moden, kemajuan sosial yang setanding dengan dunia antarabangsa mereka membina pagar berduri dan tembok untuk memisahkan diri dan masyarakat daripada dunia luar dan daripada orang lain. Mereka duduk dalam kepompong (living inside cocoons). Terpaksa menjadi ulat lah. 

Apabila hidup dalam kepompong, dengan tembok yang tinggi dan kuat untuk "black out" dunia luar, maka lagi senanglah untuk reka-cipta (invent) cerita dongeng, buat kisah baca pustaka, buat cerita DNA 65,000 tahun, buat cerita hero terbang dilangit dan apa-apa pun.

Dan jika sesiapa tidak mahu percaya, menyoal dongeng mereka atau mahu keluar daripada Cocoon Civilisation mereka maka pelbagai tindakan akan diambil untuk "memulihkan" orang yang 'tergelincir daripada landasan' itu.    

Orang yang "rebel" atau memberontak itu boleh terpinggir, dipulaukan (kenapa tidak di-semenanjungkan? Just kidding), boleh diambil tindakan, boleh dilucutkan, karya diharamkan dan mungkin diboleh dipenjarakan sekali. 

Dalam Cocoon Civilisation, lama kelamaan adat, tradisi, budaya dan kepercayaan yang semuanya tidak boleh diukur, ditimbang ataupun dibuktikan 100% benar, akan di "kuatkuasakan" dengan menggunakan kuasa pemerintah (using the power of the State). Itulah Cocoon Civilisation. Penghuninya semua jadi ulat. 

Cara untuk mengubati kelemahan ini paling mudah - minta depa tunjuk bukti. 

 

Surah 2:111 Qul haatu burhanukum inkuntum saadikin.

'Katakanlah, tunjuklah bukti kamu jika kamu adalah orang yang benar'.

Mereka tidak mempunyai bukti. 

Hero tetap terbang dilangit juga. Serupa Superman.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.