Sunday, May 29, 2022

Wanita warga Indonesia maut dikelar teman lelaki anak

 

Polis berkata, suspek dipercayai mengelar leher wanita itu dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

PETALING JAYA: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai dibunuh teman lelaki anaknya dalam kejadian di Apartmen Taman Sentosa, Sandakan semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 25 tahun.

Beliau berkata, suspek warga tempatan yang juga teman lelaki anaknya dikatakan ke rumah mereka pada 5.50 petang dan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Suspek dipercayai mengelar leher wanita berusia 59 tahun itu dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Anak perempuan mangsa pula cedera ringan di bahagian tangannya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Fuad berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Sandakan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.