Wednesday, September 28, 2022

Satu Lagi Episod Pandemik Seks Puak Lebai / Agamawan / Pendakwah

 

Satu Lagi Episod Pandemik Seks Agamawan/Pendakwah

 Istilah tidak rasmi agamawan/pendakwah selebriti adalah ciptaan awam mengikut trend populariti seseorang individu berkaitan 

Perbicaraan kes Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, bermula semalam, Selasa 27 September, 2022 dengan Mahkamah Majistret Tenom di Sabah mendengar keterangan pakar motivasi yang membantu seorang mangsa gangguan seksual membabitkan pendakwah selebriti itu, demikian menurut laporan Bernama semalam.

Mohd Fairuz Abu, 37, memberitahu mahkamah bahawa seorang wanita yang menggunakan nama samaran menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp selepas dia memuat naik hantaran mengenai seorang pendakwah terlibat dalam kes gangguan seksual di laman sosial Facebook pada 26 Julai tahun lepas.

"Pada awalnya, dia tidak memperkenalkan diri dan menyebut namanya. Dia bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam hantaran itu.

"Apabila saya sebut hantaran itu berkaitan Ebit Lew maka wanita tersebut terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengannya dan juga gambar lucah yang diberi oleh Ebit melalui WhatsApp," katanya di hadapan majistret Nur Asyraf Zolhani ketika menjawab soalan timbalan pendakwa raya Zahida Zakaria. 

Saksi itu berkata dia turut menghantar tangkap layar yang dikongsi mangsa kepada individu bernama Firdaus Wong yang sedang mengendalikan kes sama membabitkan tertuduh dan wanita lain.

Ketika ditanya Zahida tindakan selepas menghantar tangkap layar itu kepada Wong, Mohd Fairuz berkata pada 27 Julai tahun lepas, dia menghubungi wanita tersebut menerusi panggilan telefon untuk mendengar kronologi penuh gangguan terhadapnya.

"Pada awalnya, dia takut-takut dan berasa tidak selamat untuk berkongsi namun selepas saya menenangkannya, barulah dia kongsikan dari A-Z (daripada awal hingga akhir). 

I k l a n 💖:

Ad©Permadu   A D V E R T I S E M E N T

"Saya mencadangkan kepada wanita itu untuk membuat laporan polis tetapi dia takut dan berkata 'saya ni orang kecil saja. Ebit Lew orang besar. Jadi saya tak nak buat laporan," katanya. 

Mohd Fairuz berkata wanita itu kemudian meminta tempoh untuk berbincang dengan suaminya sebelum membuat laporan polis pada 7 Ogos tahun lepas.

Saksi itu berkata dia pernah bertemu secara peribadi dan mampu mengecam wanita tersebut yang hadir di mahkamah dengan kawalan ketat.

Mohd Fairuz turut mengecam Lew.

Pendakwah selebriti itu berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Lew, 37, didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.


End©Permadu


 
Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.