Thursday, October 27, 2022

Lelaki ditemukan lemas ketika memancing

 

Mangsa Ahmad Raihan Hanif Yusoff, 35, ditemukan lemas kira-kira 6 petang semalam selepas keluar memancing bersama rakannya di Taman Wangi, Gua Musang. (Gambar Freepik)

GUA MUSANG: Kegembiraan tiga sekawan memancing di Sungai Ketil, Taman Wangi, di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.

Mangsa Ahmad Raihan Hanif Yusoff, 35, ditemukan lemas kira-kira 6 petang semalam.

Rakan mangsa, Muhammad Syafiq Azmi, 23, berkata mereka bertiga yang bekerja sebagai kontraktor pendawaian datang ke lokasi tersebut selepas tamat waktu kerja untuk memancing kira-kira 12 tengah hari.

“Kejadian berlaku apabila Ahmad Raihan ingin merentasi sungai untuk datang ke tempat saya yang berada di seberang sungai, tetapi mangsa terjatuh ke dalam air yang berarus deras, saya sempat memegang tangan mangsa sebelum turut tenggelam.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Saya tidak dapat menarik Ahmad Raihan ke atas dan pegangan tangan kami terlepas, mangsa juga tidak tahu berenang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut kira-kira 3.30 petang.

“Keadaan sungai berbatu dan kedalaman sungai adalah tidak sekata, mangsa telah ditemukan tersangkut pada kayu di dalam air jarak 10 meter dari tempat jatuh,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.