Sunday, November 6, 2022

Bilik gerakan BN Arau akan dibuka semula

 

Rozabil Abd Rahman berkata ramai penyokong di peringkat jentera akar umbi mahu bilik gerakan BN Arau dibuka semula. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Arau yang ditutup 1 Nov lalu, selepas bekas Ahli Parlimen, Shahidan Kassim tidak dicalonkan bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), akan dibuka semula dalam masa terdekat,

Calon BN Parlimen Arau, Rozabil Abd Rahman berkata ramai penyokong di peringkat jentera akar umbi mahu bilik gerakan itu dibuka semula.

“Berdasarkan sambutan yang diterima semasa sesi bertemu pengundi dalam masa dua tiga hari ini, ramai yang meminta saya membuka semula bilik gerakan BN di Arau ini dan hanya sebilangan kecil yang menolak,” katanya menurut Bernama.

Beliau yakin ramai masih menyokong dan setia kepada BN, walaupun mereka keliru pada peringkat awal selepas Shahidan mengumumkan akan kekal mempertahankan kerusi itu atas tiket Perikatan Nasional.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Calon Pakatan Harapan, Fathin Amelina Fazlie turut mengumumkan bertanding merebut kerusi itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.