- wealthy 10% of ASB’s 10.6m investors control more than 80% of capital
- 76% of investors only have average of RM590 in their accounts
- will only receive dividends RM30.08 each
1. PNB/ASB telah pun umumkan bayaran dividen untuk tahun 2022. Sepertimana boleh dijangka prestasi ASB banyak tu saja lah. Nothing much to shout about.
Mula kita baca ringkasan berita dividen ASB :
- ASB dividend and bonus 4.6 sen for 2022.
- 3.35 sen dividend + 1.25 sen bonus dividend
- special bonus dividend 0.5 sen for 1st 30,000 units
- total payout RM9b to 10.6m ASB unit holders who hold 186.4b units
- Malaysian companies largest contributor to returns
- driven by investments in financial services, plantation, healthcare
- ASB continues outperforming Maybank's 12-month fixed deposit rate
- 1st 11 months 2022 group's total assets increased from RM336.7b to RM343.1b
2. Ok sekarang kita baca sedikit analisa dan kritikan berkenaan prestasi PNB/ASB ini:
- PNB 5.1% dividend, Kadir Jasin questioned wisdom of RM6b-RM7b Menara 118
- 118-storey, 678.9-metre-tall megatall skyscraper world’s second-tallest
- what is the use construct tallest building when cannot guarantee profitability?
- penned Kadir in Sinar Harian yesterday (Dec 25)
- ridiculous build skyscraper for pride or for comfort of PNB execs
- diminishing returns for ASB holders, real estate severe glut
- Kadir called for forensic audit into billion-ringgit Menara Merdeka
- numerous projects of this nature ended up white elephants
- wealthy 10% of ASB’s 10.6m investors control more than 80% of capital
- 76% of investors only have average of RM590 in their accounts
- will only receive dividends RM30.08 each
- 5.1% (3.35% basic + bonus 1.25% + additional bonus 0.5% for 1st 30,000 units)
- payout RM8.9b for 10.6m investors = RM839 per pax
- Dec 26, 2022
My Comments :
Sejak 2020 bayaran dividen ASB sudah "stuck" pada kadar 5.0%. 2019 pula ASB bayar 5.5%.
Tetapi tahun ini pun saya melihat PNB/ASB bermegah juga dengan prestasi lembap mereka. Mereka berkata:
- ASB continues outperforming Maybank's 12-month fixed deposit rate
Tuan-tuan, first of all, ASB bukan bank. ASB tidak berlesen sebagai bank yang boleh mengambil Fixed Deposit daripada umum. Jadi bagi saya ianya amat tidak kena untuk membuat perbandingan antara pulangan daripada ASB dan Fixed Deposit Maybank.
PNB/ASB adalah syarikat amanah saham atau unit trust. Mereka bukan bank.
Jadi untuk mengukur prestasi sebuah syarikat amanah saham kita perlu banding dengan prestasi syarikat amanah saham atau unit trust yang lain.
Yang berikut adalah prestasi syarikat amanah saham (unit trust) Top 5 di Malaysia bagi 2022:
Yang paling tinggi adalah 39.17% !!
Maksudnya syarikat amanah saham yang lain mampu memberi pulangan kepada pelabur sebanyak hampir EMPAT hingga LAPAN kali ganda dividen ASB. Dan mereka tidak menduduki Menara 118 tingkat pun!!
(Tuan-tuan dividen mereka untuk 24 bulan dan 36 bulan jauh lagi tinggi, tinggi gila sampai 105% pun ada.)
Tetapi bagi saya yang bekas banker, businessman dan juga kelulusan pengurusan dan engineering dari universiti di Amerika Syarikat serta juga pernah dapat nombor satu sewaktu di sekolah dulu (nombor dua dan tiga banyak kali juga - sajalah saya pun nak eksyen sikit) perkara yang lebih menarik perhatian saya adalah kenyataan berikut oleh PNB/ASB :
driven by investments in financial services, plantation, healthcare
PNB menjadi pemegang saham utama dalam pelbagai syarikat GLC gergasi seperti Maybank, CIMB Bank, Bank Islam, Sime Darby, UMW, SP Setia, Sapura Energy, Telekom, Tenaga, Axiata dan banyak lagi.
Syarikat gerasi ini bukan saja dibiayai dengan duit kita, duit rakyat marhaen (taxpayers money) tetapi yang lebih memudaratkan ekonomi negara dan hak pengguna ialah banyak juga syarikat ini terlibat perniagaan monopoli, oligopoli yang dilesenkan kerajaan, atau mereka sangat bergantung kepada "protective barriers" atau "tembok-tembok tinggi" seperti permit impot yang terhad, AP impot kereta yang terhad, lesen yang dikawal (seperti lesen perbankan) yang memberi mereka keuntungan yang besar dan luarbiasa YANG TIDAK BOLEH DI PEROLEHI OLEH SYARIKAT LAIN.
Saya nak tanya soalan yang simple : bolehke tuan-tuan dapat lesen untuk membuka bank? Sampai mampus pun tak dapat. Bolehke tuan-tuan dapat AP untuk mengimpot kereta? Sampai mampus pun tak akan dapat.
Contohnya harga jualan kereta dalam negara kita antara yang tertinggi sekali di dunia sangat menguntungkan syarikat GLC kepunyaan PNB/ASB yang terlibat mengimpot dan menjual kereta.
Oligopoli bank yang sangat sedikit bilangannya dalam negara kita sangat menguntungkan syarikat GLC yang terlibat yang juga dalam pegangan saham PNB/ASB.
Kita pula sebagai pengguna (atau lebih elok dikenali sebagai orang bodoh) bukan saja membayar modal bagi PNB/ASB dan syarikat GLC mula beroperasi (termasuk untuk mereka mendirikan bangunan kedua tertinggi di dunia) tetapi kita juga duduk diam bodoh bila mereka memegang monopoli, oligopoli, AP impot kereta dan menjual kereta kepada kita dengan harga termahal atau mereka menguasai bank yang menentukan jika kita layak pinjam housing loan, layak pinjam car loan dan kadar bayaran balik housing loan dan car loan kepada mereka. Mereka yang pegang semua itu. Kita sebagai pengguna mempunyai sikit sangat pilihan yang lain.
And the biggest insult of all - apabila tiba hujung tahun mereka bagi dividen 5.1% sahaja. Semua orang Melayu pelabur ASB pun bersyukur-lah. 76% pelabur ASB akan dapat duit dividen RM30 sahaja. Boleh beli KFC untuk dua orang. Atau boleh beli kasut Bata. "Malaysia kita sudah berjaya. . . dari Perlis sampailah ke Sabah..kita sudah berjaya.."
Bapak-bapak PNB pula menunggu masuk pejabat baru Menara 118 tingkat yang dibina dengan mengguna duit tuan-tuan RM6 billion atau RM7 billion.
Wa akhirul kalam - jadi apakah mesej yang saya ingin sampaikan kepada tuan-tuan pada hari ini? Mesej saya simple saja. Tuan-tuan adalah manusia yang paling bodoh atas muka bumi Allah swt ini. Saya rasa bontot lembu mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada otak dalam kepala tuan-tuan semua. You are the real haprak people.
Ikut cerita orang Melaka (guru sekolah saya di Melaka dulu), Hang Tuah pernah terjun ke dalam lubang taik untuk menarik keluar kuda Sultan yang terjatuh ke dalam lubang itu. Cerita itu adalah kiasan bukan saja pasal kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan tetapi cerita itu juga sindiran IQ otak Hang Tuah yang mungkin terencat. Kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan yang begitu membuta dan tanpa gunakan otak itu antara sebab kenapa Hang Jebat fed-up dengan sistem Sultan. Maka Hang Jebat pun memberontak.
Jadi sampai bila lagi tuan-tuan rela terjun ke dalam lubang taik macam ini? Isnt it high time bagi orang Melayu fikirkan balik sistem kerajaan, fikirkan balik sistem ekonomi yang telah diwujudkan dalam negara kita sejak berpuluh tahun yang sudah. Sistem ini lebih memiskinkan tuan-tuan daripada membantu tuan-tuan.
Kita tidak perlu lagi ASB atau PNB.
Tuan-tuan cuba kira, yang mana lebih baik - dividen 5.1% setahun atau dividen 19% setahun? Tak payah sekolah pun kita boleh faham.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.