Monday, January 2, 2023

420 kes baharu Covid-19, 4 kematian

 

PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 420 kes baharu, termasuk tiga kes import sementara empat kematian direkodkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 5,027,097 kes dan 36,857 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 11,871 kes aktif Covid-19, termasuk 30 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan sembilan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 609 pesakit menerima rawatan di hospital bagaimanapun, tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Sementara 11,232 pesakit lagi menjalani kuarantin kendiri di rumah. Seramai 547 pesakit dilaporkan sembuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.