Sekali lagi kita berada pada hari pertama, tahun yang baru 2023.
Ini menurut kalendar atau takwim yang diubah oleh Pope Gregory XIII.
The Gregorian calendar is the calendar used in most parts of the world. It was introduced in October 1582 by Pope Gregory XIII as a modification of, and replacement for, the Julian calendar. The principal change was to space leap years differently so as to make the average calendar year 365.2425 days long, more closely approximating the 365.2422-day 'tropical' or 'solar' year that is determined by the Earth's revolution around the Sun.
Kalendar (takwim) perlu ada tiga ciri yang simple ia itu untuk menetapkan waktu semasa, waktu masa depan dan waktu yang sudah berlalu. Present, future and past. Ataupun apakah hari, bulan dan tahun pada hari ini (semasa), yang akan datang dan yang telah pun berlalu.
Kalendar yang dibentuk oleh Pope Gregory XIII telah menjadi seperti 'default setting' bagi seluruh dunia kerana kalendar ini sangat tepat untuk mengira laluan masa.
Terutama sekali kerana kalendar Gregorian mengira masa mengikut pergerakan matahari di langit.
Maka 1hb Januari akan sentiasa jatuh dalam musim sejuk di negara utara dan musim panas di negara selatan. Dan musim hujan tengkujuh di negara kita. Keadaan ini tidak akan berubah untuk selama-lamanya. Maka sebab ketepatan seperti inilah hampir keseluruhan dunia mengguna-pakai kalendar yang dibentuk oleh Pope Gregori XIII.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.