Tuesday, February 28, 2023

Firma Niaga Monopoli Pula Boleh Bankrap

 MESTI BACA KOMEN SAYA DI BAWAH INI:

 


  • ..niaga classified affected listed issuer under Practice Note 17 (PN17)
  • triggered PN17 criteria pursuant to audited financial statements 2022
  • PN17 no core business, failed min capital, equity, shareholders’ funds
  • to submit regularisation plan to Securities Commission within 12 months 
  • 2022 (FY22) net loss RM607.3mil against net profit RM172.15mil
  • revenue fell to RM3.51b from RM4.81b in FY21.
  • had to provide RM552.3mil on stock of vaccines
  • This provision inevitably triggered PN17 
  • in focused talks with parties, local and overseas to purchase vaccines 

 

My comments :

DISCLAIMER : Komen saya ini saya tujukan khusus kepada tuan-tuan yang kurang inteligen, yang tak faham apa itu bisnes, tak faham apa itu kewangan (finance), ekonomi dsbnya. 

Saya tujukan komen saya ini khusus kepada tuan-tuan yang termasuk dalam kategori keldai dalam gambar hiasan di bawah ini:


Kalau tuan-tuan tidak termasuk kategori ini maka tuan-tuan tak payah baca komen saya ini. Kalau tuan-tuan orang yang inteligen, tidak  mudah ditipu oleh penipu dan pencuri, then dont waste your time. Lebih elok minta isteri bancuh kopi, duduk relaks tengok TV, tonton Netflix dsbnya. Jangan buang masa baca komen saya ini.

But if you are one of those dumb people, then pleeeeeease baca komen saya ini ok.

Ikut cerita mengarut dan merepek di atas syarikat monopoli niaga kepala b_p_k ini terpaksa   "provide RM552.3mil on stock of vaccines"    sebab mereka terlebih beli vaksin sebanyak RM552.3 juta itu. 

Syarikat ini adalah syarikat MONOPOLI. Sejak berpuluh tahun, ia itu sejak Zaman Dasar Mahafiraun dan Mahazalim lagi, mereka menjadi pembekal MONOPOLI kepada Kerajaan. Maksudnya mereka dibayar dengan menggunakan duit rakyat atau taxpayers funds.  Dan sekarang mereka sudah hampir bankrap.

Soalan cepu mas No 1 : Tetapi siapakah 'middle man' pembekal vaksin aka orang tengah aka broker aka commission agent yang pasti sudah buat duit besar daripada membekal vaksin itu? 

Mesti ada supplier atau pembekal aka 'middle man' aka orang tengah aka broker yang sudah buat duit. Jadi apakah orang tengah terlepas, dengan membawa duit besar? Tetapi syarikat niaga kepala b_p_k pula terpaksa tanggung "provide RM552.3mil on stock of vaccines" ??

Jumlah duit yang depa rugi adalah RM552.3 Juta. Soalan yang lebih penting - exactly how many doses of the vaccine is represented by this RM552.3 million? Berapa banyak dose vaksin yang mereka masih ada lagi?  

Dan duit itu adalah duit kita. Sebab firma  niaga ini adalah GLC. Apa maksud GLC? GLC maksudnya syarikat kepunyaan kita, syarikat kepunyaan rakyat marhaen.  Dibiayai dengan wang dan harta rakyat. Rakyat yang mana satu? Rakyat dalam gambar di atas ia itu keldai-keldai pendokong agama, bangsa, negara dan entah apa lagi.  

Soalan cepu mas No 2 : SPRM sudah ready untuk siasat kes ini tak? Saya sangat yakin-lah kalau SPRM siasat kes ini kemungkinan besar akan terjumpa pelbagai muslihat dan penglibatan orang-orang besar. Mungkin kena pergi ke UAE sekali lagi untuk investigate  jika ada pak Arab yang terlibat  lagi.

Sekarang depa kata depa sedang buat  "focused talks with parties, local and overseas to purchase vaccines".   

Elok lah tu. Elok fokus baik-baik. Sebab dulu bebudak haprak ini tak fokus. Jadi rugi-lah duit kita. Baru sekarang dia nak fokus. Its ok - better late than never.

Tetapi siapa nak beli vaccine yang lebih itu? 

Vaccine mesti ada expiry date. 

Pandemik pun sudah tak ada dah. 

Sekarang di seluruh dunia semua orang sudah boleh pergi shopping, pergi kerja dengan tak pakai face mask pun. The pandemic is over.

Negeri China pun sudah membuka balik keseluruhan  konomi negara mereka tanpa sekatan.

Habis dungu salam yang mana nak beli vaccine yang lebih itu?

Depa nak beli vaksin itu untuk apa? There is no more pandemic. 

Kalau ada sesiapa nak beli vaksin yang lebih itu pun takkan dia nak bayar RM552.3 million? No way. 

Wa akhirul kalam - kita perlu memikir.  Ada orang tengah yang sudah buat duit. Dengan memakan duit kita - duit rakyat. 

Sekarang sebuah syarikat GLC, syarikat kepunyaan kita yang dibiayai dengan wang rakyat terpaksa tanggung rugi RM552.3 Juta. 

Ini menjadi satu lagi kes GLC ia itu syarikat kepunyaan rakyat yang rugi besar. Bahasa mudah - menjadi bankrap. 

Syarikat besi Perwaja bankrap, syarikat kapal terbang hampir bankrap, kena bailout, syarikat kereta nasional bankrap, pengurus naik haji kena bailout berbilion Ringgit, syarikat ladang kelapa sawit kena bailout berpuluh billion Ringgit, bank kepunyaan bumiputera hampir bankrap dan dijual. Itulah al kisah riwayat hidup syarikat GLC.

Merugikan berpuluh billion Ringgit duit dan harta rakyat. Tetapi CEO pula mesti gaji dia beratus ribu atau berjuta Ringgit setahun, Chairman Lembaga Pengarah gaji beratus ribu atau berjuta Ringgit setahun. Elaun kereta, elaun ini dan elaun itu semuanya beratus ribu Ringgit setahun. Duit rakyat juga.   Kita bayar. Syarikat pula bankrap.

Lepas itu, setiap kali mesti ada orang tengah, orang kuat, orang besar, orang yang ada pengaruh, orang yang ada kabel besar yang untung berjuta dan berbillion Ringgit. Mereka makan duit kita. 

Kita pula begitu rela untuk menjadi keldai.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.