Sunday, February 26, 2023

Rapid Rail tambah bas perantara bagi stesen Sentul Timur, Bandaraya

 

Penambahan bas perantara bagi menyokong operasi tren antara stesen Sentul Timur dan Bandaraya yang akan beroperasi kekerapan setiap 14 minit bermula esok, kata Rapid Rail.

PETALING JAYA: Bermula esok, perkhidmatan bas perantara LRT11 yang beroperasi antara stesen Sentul Timur dan Bandaraya akan ditambah bagi memudahkan orang ramai yang menggunakan laluan tersebut.

Dalam satu kenyataan, Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan sebanyak 15 bas perantara LRT11 akan beroperasi antara kedua-dua stesen itu dengan kekerapan setiap 10 minit.

Katanya, penambahan bas terbabit bagi menyokong operasi tren antara stesen Sentul Timur dan Bandaraya yang akan beroperasi dengan kekerapan setiap 24 minit esok.

Ads by Kiosked

“Perkhidmatan bas tersebut yang telah diaktifkan semula pada Khamis lepas akan berhenti di stesen Sentul Timur, Sentul, Titiwangsa, PWTC, Sultan Ismail dan Bandaraya,” menurut kenyataan itu hari ini.

Lima tren yang sebelum ini digunakan di antara Sentul Timur dan Bandaraya tidak dapat kembali ke depoh LRT di Ampang untuk diselenggara susulan kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen Bandaraya yang dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran.

Namun, hanya dua daripada lima tren itu kini didapati memenuhi kriteria keselamatan ditetapkan sementara tiga buah tren lagi telah dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

“Dua tren tersebut akan digunakan secara bergilir mulai Isnin bagi memastikan kedua-duanya tidak terjejas dan dapat terus beroperasi pada tahap optimum, sekaligus mengelakkan penutupan sepenuhnya stesen-stesen di antara Sentul Timur dan Bandaraya.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dialami oleh penumpang dalam tempoh ini dan akan terus mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengurangkan kesulitan yang dialami,” kata kenyataan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.