SHAH ALAM: Lima individu direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes berkaitan memperdaya kerajaan Sabah bagi mengelak pembayaran royalti penjualan emas.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sasha Diana Sabtu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suspek yang terdiri daripada pengarah dan pengurus akaun sebuah syarikat emas serta tukang emas berusia antara 30 dan 50 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor semalam ketika hadir memberikan keterangan.
Menurut sumber, semua mereka disyaki terlibat dalam pembelian emas ratusan kilogram bernilai jutaan ringgit dan telah mengemukakan penyata jual beli emas yang mengandungi butiran palsu bagi mengelak daripada membayar royalti sebenar kepada kerajaan Sabah.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.