Thursday, June 1, 2023

Dari jurutera ke pakar jam mewah, sentuhan lebih 40 tahun Zainal diiktiraf

 

Zainal Mohd Ali dan anaknya, Muhammad Fitry Zainal berganding bahu menaikkan jenama Fateh Watches.

SHAH ALAM: Bagi peminat jam tangan berjenama mewah seperti Omega, Loginees, Favre-Leuba dan Tag Heuer, aksesori itu bukan hanya sebagai penunjuk masa tetapi melambangkan status pemakainya.

Di sebalik kualiti jam berkualiti tinggi itu, hasil gabungan reka bentuk menarik dan teknologi, ada watak utama iaitu pembuatnya yang salah seorang pakarnya berasal dari Malaysia.

Zainal Mohd Ali, 70, berkata segalanya bermula 49 tahun lalu apabila dirinya ditawarkan belajar membuat jam di Geneva, Switzerland yang terkenal dengan sejarah panjang dan kepakaran dalam bidang itu.

Ads by Kiosked

Dua tahun kemudiannya, Zainal kembali ke tanah air dan bekerja di sebuah kilang jam bertaraf antarabangsa di Sungai Wei, Petaling Jaya selama 30 tahun sebelum berpindah ke China dan bersara lapan tahun lalu.

Fateh Watches mendapat sentuhan Zainal dan Fitry bermula daripada lukisan sehingga menjadi sebuah jam.

“Jam pertama saya buat Omega ketika kilang di Malaysia, (selain itu) Logines, Favre-Leuba, Titoni, Tag Heuer, masa (kerja 12 tahun) di China lagi banyak seperti Corum, Bulgari, Hublot, Cuervo y Sobrinos, Frederique Constant dan Swiss Army.

“Saya tak (pernah ambil) tahu harga jam dan tanya harga, hanya tahu ia berpatutan untuk dibeli, saya selalu ingatkan pekerja hati-hati (ketika mengendalikannya),” katanya kepada FMT.

Sebaik bersara dan kembali ke tanah air, berbekalkan pengalaman Zainal mula membina jenamanya sendiri Fateh Watches dibantu anak lelakinya, Muhammad Fitry Zainal sejak 2017.

Sangka Zainal proses itu mudah tetapi laluannya ‘penuh berliku’, beliau mengakui kelemahannya melakukan strategi pemasaran cara lama, secara jualan langsung termasuk di pasar tani.

Antara koleksi jam tangan berjenama yang direka bentuk Zainal.

Namun keadaan itu berubah apabila anaknya Muhammad Fitry mengambil-alih bahagian pemasaran, kini Fateh Watches semakin dikenali dan setiap model yang terhad 300 unit dikeluarkan sentiasa habis.

Ads by Kiosked

Fateh Watches setakat ini mengeluarkan 12 model antaranya The Legacy Series, Automatic Moonphase Skeleton Strata, Octagon, Discovery, Discovery II, Discovery III, Hagia dan Pearl.

Fateh Watches memenangi empat anugerah daripada Majlis Reka bentuk Malaysia (MRM).

Jenama itu turut mendapat empat pengiktirafan reka bentuk produk terbaik daripada Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), mengatasi beberapa jenama popular tempatan.

Sementara itu, Fitry yang juga graduan seni reka industri Universiti Teknologi MARA (UiTM) berhasrat mengembangkan legasi ayahnya dengan membina kilang besar dan melahirkan pakar jam tangan.

“Ilmu ayah boleh dimanfaatkan, ramai pelajar kejuruteraan dari IPT boleh diberi peluang berbanding ambil orang luar,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.