Wednesday, August 30, 2023

Anggota FRU mengaku tak salah rompak gelang emas peniaga

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap satu hari bulan. (Gambar Reuters)

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan rompakan gelang emas milik seorang peniaga kedai runcit minggu lalu.

Khuzairi Shaari, 43, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, Khuzairi yang berpangkat Lans Koperal didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan Kampung Tok Bintang, Kuala Berang dekat Hulu Terengganu antara 9.45 malam hingga 10.30 malam 23 Ogos lalu.

Ads by Kiosked

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (Akta 592) yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap satu hari bulan.

TAG: mahkamah, polis, FRU, Terengganu, rompakcaption
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap satu hari bulan.

Anggota FRU mengaku tak salah rompak gelang emas peniaga

Bernama

SF: Mengikut pertuduhan, Khuzairi Shaari yang berpangkat Lans Koperal didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan Kampung Tok Bintang, Kuala Berang pada 23 Ogos lalu.

Ads by Kiosked

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan rompakan gelang emas milik seorang peniaga kedai runcit minggu lalu.

Khuzairi Shaari, 43, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, Khuzairi yang berpangkat Lans Koperal didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan Kampung Tok Bintang, Kuala Berang dekat Hulu Terengganu antara 9.45 malam hingga 10.30 malam 23 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (Akta 592) yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap satu hari bulan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.