Friday, September 1, 2023

5 maut nahas 5 kenderaan termasuk lori pasir

 

Beberapa anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Segamat, petang tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Lima termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan remaja lelaki maut dalam nahas membabitkan lori dan empat kereta di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang tadi.

Bagaimanapun, setakat ini identiti kelima-lima mangsa terbabit masih belum dikenal pasti.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Putra Segamat, Mazuki Ismail, berkata sepasukan 21 anggota dan pegawai dari BBP Segamat dan BBP Bandar Baru, Segamat dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.33 petang.

Ads by Kiosked

Katanya, mereka turut dibantu dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Kemalangan 6.30 petang itu membabitkan lima kenderaan iaitu lori pasir, Perodua Alza, HRV-Honda, Perodua Bezza dan Proton Wira.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas memotong besi bagi mengeluarkan kelima-lima mangsa yang tersepit,” katanya, menurut Berita Harian.

Mazuki berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) manakala tiga yang turut mengalami kecederaan dihantar ke hospital sama untuk rawatan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Maran, Ahmad Zamry Marinsah ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kemalangan.

“Kita sedang kenal pasti semua identiti mangsa dan punca kemalangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.