Saturday, October 28, 2023

Pergolakan PAS Perlis ‘naik turun’ dalam politik, kata Dr M

 

Dr Mahathir berkata pergolakan politik berlaku kepada semua parti termasuk kerajaan.

SHAH ALAM: Pergolakan dalaman PAS Perlis disifatkan sebagai ‘naik turun’ yang biasa dialami parti politik lain, kata Dr Mahathir Mohamad yang juga penasihat kepada “state-government 4” (SG4).

Perlis antara negeri dalam SG4 iaitu kumpulan kepada negeri diperintah PAS yang turut termasuk Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Bekas perdana menteri itu berkata insiden pergolakan dalam PAS di mana-mana sahaja termasuk dalam pentadbiran Putrajaya pimpinan Anwar Ibrahim.

“Jadi benda ini ‘naik turun’, kadang-kala ada masalah jadi pergolakan. Tapi saya yakin itu akan diselesaikan dan mereka akan atasinya,” katanya pada sidang media khas Himpunan 1000 Wanita Melayu.

Kelmarin, FMT melaporkan pendedahan Ketua Bersatu Perlis Abu Bakar Hamzah bahawa mendakwa wujud rasa tidak selesa dalam gabungan PN Perlis susulan dakwaan berlaku ‘pergolakan dalaman’ dalam PAS.

Timbalan Pengerusi PN Perlis itu berkata ‘pergolakan’ itu melibatkan isu kefahaman agama, susun atur gerak kerja dan pentadbiran negeri itu yang dimenangi PN pada PRU15, menamatkan dominasi Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Abu Bakar yang juga Adun Kuala Perlis menyusul peringatan Presiden PAS Hadi Awang, minggu lalu supaya ahli parti tidak menjadi “penebuk kapal” untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya.

Bagaimanaapun Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli menyangkal dakwaan itu dan mendakwa ada Adun PN yang tidak henti “menghentak” kerajaan negeri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.