Sunday, October 29, 2023

URGENT : AGAK-AGAK HARGA SAYUR AKAN NAIK ATAU TURUN?

 Dr Jayakumar yang di tahan Polis beberapa hari sudah sewaktu bantah pengusiran penanam sayur di Kanthan, Perak telah dibebaskan daripada tahanan.

Sedikit selepas dibebaskan Dr Jayakumar sambung membela nasib kaum penanam sayur di Kanthan, Perak yang telah mengusahakan tanaman sayur mereka selama 70 tahun.

Kemungkinan besar sewaktu saya membesar di Ipoh pada tahun 1960an barangkali saya pun pernah makan sayur yang diusahakan oleh kaum petani di Kanthan ini. Sila dengar pesanan Dr Jayakumar.


 

Perkara pokok yang perlu kita faham ialah 130 orang petani (generasi ketiga) kawasan Kanthan ini mengeluarkan 60 tan sayur SETIAP HARI daripada tanah seluas 1,000 ekar yang diusahakan mereka.

Mereka telah usahakan tanaman sayur ini selama 60 - 70 tahun. 

"Jeyakumar said he was concerned about the impact that the eviction would have on vegetable prices, one of the hottest topics in the country of late. The price of vegetables such as pak choy has surged by 200%".

Jadi harga sayur pak choy sudah pun naik 200%. 

Kemungkinan besar orang Malaya bakal menjadi pemakan mee segera 18 kali seminggu. Mungkin satu hari nanti warna kulit orang kita akan berevolusi menjadi kuning pekat seperti mee segera.

Apabila harga barang naik di negara kita ia jarang berkaitan dengan keadan pasaran.

Banyak kali sudah, harga barang naik dalam negara kita disebabkan Dasar Monopoli Negara (DMN), sebab rebut tanah oleh pemaju dengan kerjasama pemerintah, syarikat tertentu yang ada kabel dan connection boleh rampas tanah daripada petani dan pengusahanya. Serupa dasar Zionis merampas tanah orang.

Setelah petani itu bersusah payah  belanja duit membuka tanah hutan dan tanah terbiar, tebang pokok, ratakan tanah curam  dan mengisi lurah dan bagi cantik keseluruhan kawasan datang pula si pemaju dengan kabel dan connection mengambil tanah mereka dalam sekelip mata saja. Pemaju jimat berjuta Ringgit sewa tractor dan sewa jentera grader untuk meratakan tanah untuk pembangunan. Lagi untung dan lagi kaya si pemaju yang ada kabel dan connection itu.

Wakil Rakyat pun tak ambil peduli. 

Tuan-Tuan, kita perlu ada kepelbagaian dalam perwakilan rakyat bagi penduduk negara kita. Kita perlu mengundi dan melantik pelbagai Wakil Rakyat dengan kecenderungan, kesetiaan dan motivasi yang menumpu kepada membela rakyat marhaen dan orang biasa tanpa takut atau segan kepada "kuasa" orang kaya, orang politik dan orang besar yang hanya mengejar keuntungan jangka pendek untuk membeli Mercedes dan rumah banglo mereka.

Masa depan negara dan masa depan rakyat marhaen tidak termasuk dalam kira-kira mereka selain daripada 'Get out of my way'. Itu saja. 

Saya harap pengundi di Tambun, Chemor, Kanthan dan Sungai Siput akan melantik Dr Jayakumar serta kawan-kawannya menjadi Ahli Parlimen dan ADUN bagi kawasan itu untuk pastikan bahawa hak orang terbanyak akan terbela.

Pengeluaran 60 tan sayur sehari sekarang sudah tidak ada. Percayalah harga sayur akan naik, mungkin sampai ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bebanan belanja berjuta suri rumah akan bertambah sebab bilangan sangat kecil orang kaya yang rakus.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.