Thursday, December 7, 2023

18 klinik 1Malaysia di Perak masih beroperasi

 

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional A Sivanesan berkata Klinik 1Malaysia yang dijenamakan semula itu menyediakan rawatan penyakit ringan termasuk demam, batuk dan selsema. (Gambar Facebook)

IPOH: Sebanyak 18 Klinik 1Malaysia di Perak tidak ditutup, sebaliknya dijenamakan semula kepada Klinik Komuniti (KKom) dan masih beroperasi sehingga kini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional A Sivanesan berkata setakat ini klinik berkenaan menyediakan rawatan penyakit ringan kepada penduduk setempat termasuk demam, batuk, selsema dan penyakit ringan yang lain.

“Selain itu, prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan, rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetis, darah tinggi dan asma serta khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan DUN Perak.

Beliau menjawab soalan Dr Hashim Bujang (PN-Bukit Chandan) yang ingin tahu mengenai status Klinik 1Malaysia sama ada sudah ditutup dan tidak berfungsi di Perak.

Sivanesan (PH-Sungkai) berkata terdapat tiga KKom yang turut menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu dan anak iaitu KKom Kampung Tawas di sini, KKom Taman Samudera di Manjung dan KKom Behrang di Tanjung Malim. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.