Friday, December 29, 2023

18 stesen minyak di Johor tiada diesel

 

Sebanyak 11 stesen minyak di Batu Pahat, empat di Johor Bahru, dua di Kota Tinggi dan satu di Segamat kekurangan bekalan diesel sejak semalam. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Lapan belas stesen minyak di Johor dikenal pasti tiada bekalan diesel sejak semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, ia membabitkan 11 stesen di Batu Pahat, Johor Bahru (empat), Kota Tinggi (dua) dan Segamat (satu).

Tetapi katanya, penambahan bekalan giat dilakukan pihaknya dengan memantau syarikat minyak terbabit.

“Hanya sebilangan kecil stesen minyak didapati kekurangan stok diesel dan ditambah bekalan (diesel) mereka bermula semalam hingga hari ini.

“Kebanyakan stesen minyak tiada masalah bekalan diesel dan tiada masalah menampung permintaan bekalan diesel,” katanya menurut Harian Metro.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali dilaporkan berkata, beberapa stesen minyak di seluruh negara yang terputus bekalan diesel akan menerima stok dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Terdahulu, Petronas Dagangan Berhad mengakui beberapa stesen syarikat itu di seluruh negara kehabisan bekalan diesel yang dijangka berterusan hingga 31 Dis ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.