Sylvia Khaw, yang mempunyai pengalaman bekerja selama 19 tahun dalam sektor kewangan berusaha mencari cara untuk menyokong pendidikan anaknya sebelum ini apabila dia mendapat tahu mengenai Ijazah Sarjana Pengajaran dan Pembelajaran di Taylor’s University, yang dikendalikan 100% dalam talian.
Walaupun pada awalnya beliau bimbang tentang kualiti pembelajaran yang dijalankan dalam talian, kini Sylvia melihat hasil ketara program ijazah sarjana yang diikutinya. Beliau berjaya meningkatkan prestasi pembelajaran anaknya, selain menjadi mentor yang lebih baik di tempat kerja.
Perkenalkan kaedah ‘pembelajaran nano’
Untuk memenuhi keperluan pelajar yang tinggal jauh daripada kampus atau di luar negara, Taylor’s University menggunakan kaedah ‘pembelajaran nano’ dalam kurikulum Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes. Kuliah yang biasanya berlangsung selama satu jam akan dibahagikan kepada kandungan tugasan bersaiz kecil dan interaktif. Sylvia berkata pendekatan ini memudahkan proses pembelajaran terutama apabila dia sibuk dengan kerja dan rutin harian.
“Program ini dirangka dengan efisien dan berkesan untuk saya, seolah-olah setiap cabaran yang dihadapi oleh pelajar diambil kira demi memudahkan pelajaran,” kongsinya.
Kandungan ‘pembelajaran nano’ ini dipecahkan kepada 25 hingga 30 format multimedia bersaiz kecil termasuk video pendek, infografik, dan kuiz. Setiap topik ‘pembelajaran nano’ yang disediakan tidak melebihi lima minit.
Kandungan pembelajaran yang pelbagai dan sederhana memastikan program pengajian ijazah sarjana yang ditawarkan dapat menarik minat pelajar, di samping memberi pengalaman pembelajaran yang ringkas.
“Selepas hari yang panjang dan memenatkan, saya mudah hilang tumpuan apabila membaca teks yang panjang. Kandungan pembelajaran yang padat seperti video pendek yang ringkas memudahkan saya kekal fokus ketika belajar pada larut malam.”
Pengalaman pembelajaran dalam talian yang lancar
Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes juga menyediakan slaid kuliah, bahan bacaan, dan tarikh penting yang mudah diakses melalui laman web universiti. Sylvia berkata, “Sangat mudah cari maklumat misalnya bahan bacaan atau skema pemarkahan yang diperlukan melalui platform pembelajaran dalam talian.”
Semua bahan pembelajaran juga diberikan pada permulaan semester. Ini membantu Sylvia merancang jadual dengan berkesan sambil mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu dan seorang pekerja profesional.
“Jika terdapat minggu di mana jadual saya sangat sibuk, saya boleh mempelajari bahan lebih awal. Cara ini membantu saya untuk tidak lalai dalam pengajian, menguruskan tanggungjawab keluarga dan kerjaya saya.”
Rangkaian secara digital
Sylvia kagum kelas dalam talian yang dia ikuti melibatkan lebih banyak interaksi antara pelajar dan pensyarah, sekali gus menyahkan kebimbangan terhadap pembelajaran dalam talian.
“Soalan sering diaju dan dijawab semasa kelas dalam talian. Kami juga diberi masa untuk berbincang sesama rakan sekelas dan pensyarah. Pembelajaran berlangsung dengan sangat lancar, sama seperti kelas bersemuka.”
Taylor’s University juga menganjurkan acara digital tahunan seperti perbincangan meja bulat, forum, dan webinar yang menghubungkan para pelajar pascasiswazah dengan rakan sekelas dan profesional industri yang berpengalaman, dalam rangkaian Asia yang kukuh.
Tingkatkan kemahiran diri anda dengan Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes
Melalui integrasi digital yang lancar dan pendidikan berkualiti tinggi, Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes menawarkan peluang unik kepada semua golongan profesional untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. - FMT
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengambilan Februari 2024 yang akan datang bagi Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes, layari di sini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.