Tuesday, February 27, 2024

.Budak autism lemas dalam tasik

 

Gambar mangsa yang dikongsi ibunya di Facebook sebelum ditemui lemas di sebuah tasik dekat Taman Medan, hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak autism ditemui lemas di tasik dalam kejadian dekat Taman Medan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata mayat kanak-kanak itu ditemui pemancing kira-kira 7 malam tadi.

Katanya, difahamkan sebelum kejadian, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park berhubung kehilangan anaknya pada 4 petang.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, menurut Harian Metro.

Terdahulu, ibu mangsa dilihat membuat hantaran di Facebook untuk mencari anaknya berusia enam tahun yang hilang di Taman Aman sekitar 4 petang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.