Tuesday, July 23, 2024

91 murid SK Pulau Gaya keracunan makanan, operasi kantin dan RMT dihentikan

 

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Seramai 55 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah akibat keracunan makanan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA
Jabatan Pendidikan Sabah menghentikan penjualan di kantin dan rancangan makanan tambahan (RMT) buat sementara waktu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya, Kota Kinabalu selepas 91 muridnya mengalami keracunan makanan, semalam.

Pengarahnya Raisin Saidin berkata kejadian itu mula dikesan kira-kira 12 tengah hari semalam apabila guru mendapati ada murid mengalami muntah-muntah dan beberapa simptom lain.

Menurutnya, pihak sekolah bertindak segera mengumpul maklumat murid terbabit kes keracunan itu dan kemudiannya membawa 55 murid ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Hospital Queen Elizabeth (25) dan Klinik Kesihatan Luyang (8) dan tiga lagi di premis kesihatan pesakit luar.

“Tiada kes kritikal direkodkan, keadaan murid dirawat pada tahap dua dan dipantau hospital.

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDK) telah membuat janji temu dengan pasukan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk menjalankan siasatan dan mengambil sampel di sekolah hari ini,
 katanya menurut Berita Harian.

Raisin berkata PPDK juga telah mengarahkan supaya perkhidmatan kantin dan RMT diberhentikan serta merta demi keselamatan murid buat sementara waktu.

Punca keracunan makanan masih disiasat dan belum dapat diputuskan sama ada berpunca daripada makanan di kantin sekolah atau RMT,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.