Wednesday, July 17, 2024

Dakwaan lobi naik pangkat tular, bomba akan siasat

 

NOR HISHAM
Ketua Pengarah Nor Hisham Mohammad berkata setiap aduan walaupun bersifat surat layang akan disusuli siasatan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memandang serius dakwaan rasuah dan melobi kenaikan pangkat membabitkan anggotanya seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Pengarah Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Kita memandang serius dakwaan seperti ini,
 katanya ringkas kepada Bernama.

Terdahulu tular di Telegram gambar dua pegawai sebuah pasukan penyelamat yang didakwa sedang melobi kenaikan pangkat dan disyaki terbabit dengan aktiviti rasuah.

Hisham berkata pegawai terbabit akan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Beliau menjelaskan pegawai dan anggota yang tidak berpuas hati dengan sebarang perkara boleh menyalurkan maklumat sama ada menerusi majlis bersama jabatan, aduan dalam talian atau surat.

Setiap aduan walaupun bersifat surat layang, jabatan tetap ambil langkah siasat dan tindakan susulan,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.