Wednesday, July 31, 2024

Fokus dasar, tinggalkan politik identiti, seru Pemuda Amanah

 

Hasbie-Muda
Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda berkata, politik haruslah fokus kepada dasar dan polisi, bukan lagi perbezaan warna kulit dan agama.
PETALING JAYA
Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda menyeru agar golongan belia meninggalkan politik identiti, sebaliknya fokus kepada dasar dan polisi.

Politik perlu fokus kepada dasar dan polisi, bukan lagi perbezaan warna kulit dan agama,
 katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian menyokong saranan bekas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto agar golongan belia memainkan peranan mempertanggungjawabkan dan menegur ahli politik yang membuat kenyataan memecahbelahkan rakyat.

Kasthuri berkata, sebagai masa depan negara, golongan belia harus menjadi agen keamanan dan perubahan, dan bersatu dalam menerapkan nilai sejagat ini dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

Pada masa sama, beliau menekankan kerajaan perlu muhasabah dan mengubah sistem untuk menggalakkan perpaduan umum, termasuk menyegarkan sukatan pelajaran sekolah dan menyediakan persekitaran selamat untuk dialog diadakan.

Dalam nada sama, Hasbie menegur tindakan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang memuat naik gambar tiang kabel di Jambatan Pulau Pinang pada Isnin lepas, yang menurutnya menyerupai ‘roket’, merujuk kepada lambang DAP.

Hasbie berkata, hantaran seperti dimuat naik Ahmad Fadhli itu contoh hantaran ahli politik mengandungi dakwaan tidak berasas yang boleh memecahbelahkan rakyat.

Setiap perkara dilihat dari kaca mata politik identiti dan kebencian,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.