PETALING JAYA: Menghargai jasa pasukan keselamatan sempena Hari Pahlawan disambut hari ini, harus diiringi dengan komitmen berterusan kerajaan untuk membela kelangsungan hidup mereka terutama yang telah bersara.
Presiden Bekas Polis Malaysia (PBPM) Mokhtar Omar berkata membantu kumpulan itu memiliki kediaman sendiri antara aspek kebajikan perlu diberi perhatian kerajaan memandangkan masih ramai di kalangan pesara menyewa rumah.
“Ada juga yang tinggal dengan anak-anak…dahulu ketika bertugas tak mampu beli rumah kerana gaji kecil.
katanya kepada FMT mengulas harapannya sempena Hari Pahlawan disambut 31 Jul setiap tahun.Hari ini dengan kos (sara hidup) yang tinggi lagilah tak mampu, saya harap kerajaan dapat bantu dan lihat ini,
Mokhtar mencadangkan usaha merealisasikan harapan pesara polis dapat dilakukan dengan penyediaan kuota oleh kerajaan pusat dan negeri.
katanya.Penghargaan bukan sekadar beri pingat tetapi kediaman, pendidikan anak-anak dan bantu ringankan kos sara hidup,
Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sharuddin Omar berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu penyelarasan pencen bagi pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menamatkan perkhidmatan sebelum 2013.
katanya.Kerajaan lebih pengalaman dan lihat formula yang sesuai dengan keadaan inflasi dan keperluan kehidupan,
Pada Mei lalu, Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada Mahkamah Rayuan dalam penentuan penyelarasan pencen membabitkan anggota dan pegawai yang berpencen sebelum 2013.
Sebelum ini media melaporkan seramai 50 pesara ATM antaranya berpangkat mejar, leftenen, staf sarjan dan prebet memfailkan saman itu pada 17 November 2022 menamakan kerajaan, perdana menteri, menteri pertahanan dan Majlis Angkatan Tentera sebagai defendan.
Menerusi saman itu, plaintif memohon pengisytiharan bahawa defendan telah memungkiri peruntukan di bawah Perkara 137 atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972 dalam kegagalan masing-masing untuk melakukan penyelarasan pencen baharu untuk pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013.
Mereka juga memohon pencen semua pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 diselaras mengikut kadar dan cara seperti pencen pesara ATM selepas 1 Januari 2013. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.