Tuesday, July 23, 2024

Kerjasama: ‘PAS tak jumpa saya’, kata Zahid

 

zahid
Presiden Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan Umno tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Hadi Awang menjadi presiden. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM
Presiden Umno, Zahid Hamidi, memaklumkan tiada pemimpin PAS berjumpa dengannya berkenaan membentuk suatu kerjasama.

Mereka tak jumpa dengan saya,
 katanya, di sebalik dakwaan berlaku beberapa pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS yang membincangkan kerjasama menjelang PRU16.

Sebelum ini, media memetik Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari tentang pertemuan tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti, yang dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu.

Zahid menyifatkan pertemuan tersebut, 

jika ada pun itu pendekatan dibuat secara peribadi, bukan rasmi.


Beliau ditemui selepas perasmian Pusat Fisioterapi dan Pemulihan Sukan Propain.

Zahid pada 8 Julai lalu mengumumkan Umno tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Hadi Awang menjadi presiden.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, berkata beliau percaya perjumpaan ‘bual kosong’ itu mungkin melibatkan pemimpin yang digantung, dipecat atau masih ada keinginan balik ke ‘mainstream’ Umno. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.