Tuesday, July 23, 2024

Scammer boleh dihukum bawah RUU Kanun Keseksaan

 

hacker scammer
Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, M Kulasegaran, berkata di bawah pindaan itu, Seksyen 424, Seksyen 424 (c) dan (b) Kanun Keseksaan akan terpakai kepada mana-mana pihak, termasuk individu terbabit penipuan dalam talian secara tidak langsung.

KUALA LUMPUR
Rang Undang-undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 yang diluluskan Dewan Negara hari ini akan memastikan dalang aktiviti penipuan dalam talian dikenakan tindakan di bawah peruntukan disediakan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, berkata di bawah pindaan itu, Seksyen 424, Seksyen 424 (c) dan (b) akan terpakai kepada mana-mana pihak, termasuk mereka yang secara tidak langsung terbabit kegiatan tersebut.

Biarpun tiada peruntukan khusus bagi pemulangan wang mangsa, tetapi katanya, kuasa sitaan wang yang turut dicadangkan dalam pindaan RUU Tatacara Jenayah akan membenarkan polis menghalang wang mangsa scammer dikeluarkan atau digunakan.

“Ini akan memudahkan polis melakukan ‘pengesanan wang’ bagi mengenal pasti wang yang disalurkan mangsa dan secara tidak langsung akan membuka ruang untuk pemulangan wang kepada mangsa penipuan dalam talian.

Ini sekali gus memudahkan proses permohonan di bawah Seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah untuk tujuan pemulangan wang ini kepada mangsa,
 katanya ketika menggulung RUU itu di Dewan Negara.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara majoriti selepas dibahaskan 10 senator.

Bagi pindaan RUU Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 yang turut diluluskan dalam persidangan sama, Kulasegaran berkata, pindaan itu memberi kuasa sitaan akaun hanya kepada anggota polis berpangkat tidak rendah daripada sarjan.

“Cadangan pindaan ini akan memberi kuasa sitaan kepada polis menyita wang disimpan dalam akaun bank.

Sitaan ini bukan saja terpakai kepada wang disimpan dalam bank konvensional, namun ia juga akan merangkumi e-wallet,
 katanya ketika menggulung perbahasan RUU itu selepas lima senator membahasnya.

Persidangan bersambung esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.