KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan industri Asia merangkumi Google, Meta dan X menggesa kerajaan Malaysia menghentikan rancangan yang menghendaki perkhidmatan media sosial memohon lesen, atas alasan peraturan yang dicadangkan tidak cukup jelas.
Pada Julai, pengawal selia komunikasi Malaysia berkata, platform media sosial dengan lebih lapan juta pengguna di negara ini perlu memohon lesen mulai bulan ini sebagai sebahagian usaha memerangi jenayah siber.
Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap platform yang gagal berbuat demikian sebelum 1 Jan 2025.
Dalam surat terbuka Jumaat lepas, ditujukan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Asia Internet Coalition (AIC), yang antaranya dianggotai Apple Inc, Amazon dan Grab, berkata cadangan pelesenan itu tidak dapat dilaksanakan bagi industri dan boleh menyekat inovasi dengan meletakkan beban yang tidak wajar ke atas perniagaan.
Kumpulan itu berkata, tiada rundingan awam rasmi dibuat berhubung rancangan itu, yang menyebabkan industri tidak pasti tentang skop kewajipan yang akan dikenakan terhadap platform media sosial.
menurut Pengarah Urusan AIC Jeff Paine dalam surat yang disiarkan di laman web kumpulan itu.Tiada platform boleh diharapkan mendaftar mengikut syarat-syarat ini,
Kementerian Komunikasi enggan mengulas mengenai surat itu, manakala Pejabat Perdana Menteri tidak memberi maklum balas apabila diminta memberi komen.
Kumpulan itu turut bimbang, peraturan yang dicadangkan itu boleh menyekat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia, yang menarik pelaburan besar tahun ini.
Katanya, pihaknya berkongsi komitmen kerajaan untuk menangani kemudaratan dalam talian, tetapi garis masa pelaksanaan yang dicadangkan menyebabkan industri tidak mempunyai kejelasan dan masa yang mencukupi untuk menilai implikasinya.
Kerajaan Malaysia melaporkan peningkatan mendadak dalam kandungan media sosial yang memudaratkan awal tahun ini dan menggesa firma media sosial, termasuk Meta dan TikTok, untuk meningkatkan pemantauan di platform mereka. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.