. Begitu bunyi kenyataan Air Kelantan Sdn Bhd atau AKSB di laman web rasminya.Sila jelaskan akaun pengguna yang telah dipotong sebelum 15 Oktober 2024 atau tindakan undang undang akan diambil
Kenyataan itu diulangi Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan pada laman Facebook berbunyi
.AKSB nasihat pelanggan jelaskan bil tertunggak sebelum 15 Oktober bagi elak tindakan undang undang
Pada ruang komen timbul reaksi negatif.
kata seorang yang mengikuti Facebook urus setia.Pelanggan nasihatkan AKSB supaya baiki perkhidmatan air Kelantan – tu tajuk sebenar,
Berkata pula seorang lagi ‘follower’ Facebook berkenaan:
Reaksi sebegini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Masalah bekalan air khususnya kualiti air di Kelantan diketuai umum bukan sahaja di negeri itu. Air karat antara aduan yang ‘terkenal’.Rakyat Kelantan nasihatkan AKSB baiki perkhidmatan air. Jak mulo lagi.
Maka apabila AKSB mengeluarkan peringatan (atau amaran?) yang disebut tadi mungkin boleh ibaratkan golongan yang disasar sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah bekalan air dipotong, sekarang berdepan kemungkinan tindakan undang-undang dikenakan jika tidak langsai bil tunggakan.
Pada hemat saya kalau mereka atau kebanyakan yang terbabit ada wang, masalah ini tidak akan timbul ‘in the first place’. Yakni bil bulanan dibayar, bil tertunggak tidak berlaku lantas bekalan tidak dipotong.
kata seorang pelanggan AKSB di Facebook.Alhamdulillah saya tak pernah tak bayar bil air…air di kawasan saya baik dan bersih. Cuma kadang-kadang beberapa kali dalam dua tiga bulan ada karat dalam air dan berulang-ulang. Habis baju kerja saya dan isteri. Baju sekolah anak bertukar warna dari putih jadi coklat,
Ada lagi katanya:
Selepas AKSB tukar meter lama kepada meter baru…berdesup laju meter baru musing ligat boh weh. Bil air naik hampir 70% dari meter lama.
Ada komen yang keras:
kata seorang lagi pelanggan. Kata-kata beliau jelas ditujukan bukan sahaja kepada AKSB tetapi juga kepada PAS yang memerintah Kelantan sejak 1990. Saya rasa orang bukan Kelantan pun faham apa yang disuarakan.Ambo bayar hok rumah ambo di Chempaka. Air mutuh. PAS kiro guano? AKSB make pitih haram ko?
Ada komen lagi keras mengenai ‘jual air karat dan masuk neraka’ yang saya tidak berhasrat ulangi secara terperinci di sini. Kerana semua boleh merasai kemarahan pelanggan yang membuat komen itu.
Masalah air di Kelantan sudah berlarutan 20 tahun. Mungkin lebih. Kemarahan dituju kepada kerajaan walaupun pada setiap pilihan raya majoriti rakyat Kelantan terus menerus memilih PAS untuk memerintah negeri. Kesimpulannya marah tetap marah undi tetap undi. Sehingga kini.
Kerajaan PAS Kelantan dulu dan sekarang tahu akan kemarahan rakyat. Mac lalu lebih tepat 25 Mac 2024 Sinar Harian melaporkan rakyat Kelantan diminta bersabar tiga tahun lagi apabila masalah air yang membelenggu negeri mereka lebih 20 tahun akan selesai sepenuhnya pada 2027.
Exco Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Izani Husin, dipetik berkata ini kerana semua loji yang dinaik taraf dan dibina akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut (2027).
Bagaimanapun, Berita Harian pula pada hari sama yakni 25 Mac 2024 juga memetik Izani memberi jaminan masaah bekalan air di Kelantan dijangka selesai sepenuhnya pada 2028.
Apa pun kedua-dua media memetik beliau berkata kerajaan negeri meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu terutama penukaran paip dapat dipercepatkan.
Bagi saya Ahli Parlimen PAS dari Kelantan mesti juga tampil membantu kerajaan negeri dengan memberi idea dan sebagainya. Jangan terlalu fokus permainan politik. Dan seperkara lagi. PAS tidak boleh ‘take the rakyat for granted’.
Apa pun yang pasti ‘public complaints are not about to stop anytime soon’. Kata orang Kelantan ‘adue ore awe tokkae hile dale maso terdekak’. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.