Tuesday, September 24, 2024

MASALAH JAKIM MERUMITKAN KERAJAAN MADANI TIDAK POPULAR DI KALANGAN PENGUNDI MELAYU

 1.  JAKIM jadi isu dari dulu lagi. Contohnya pada tahun 2017 : TITAH DYMM SULTAN JOHOR melarang JAINJ berurusan dengan Jakim. 

Pada tahun berikutnya 2018, Kerajaan BN tumbang pada PRU 14 setelah pegang kuasa selama 63 tahun. 

Kontroversi Jakim (contohnya) tidak membantu Kerajaan BN menang pilihanraya.

 

 

Pada Ogos 2023 Kerajaan Madani pula "kalah" pilihanraya atau undi mereka merosot teruk di PRN ENAM buah negeri (Kedah, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan).

KEDAH              PN 33        PH 3
KELANTAN       PAS 43      PH 1
Terengganu      PAS 32      PH 0
PENANG           PH 27        PN 11
SELANGOR      PH 32        PN 22
N SEMBILAN    PH 17        BN 14      PN  5

Walaupun Kerajaan Madani membuat peruntukan hampir RM2 BILLION kepada Jakim, masih tidak membantu menangI undi Melayu. Padahal undi Melayu merosot lagi.

2. Sekarang Jakim jadi masalah lagi.  Sila dengar pendapat Mufti Perlis mengenai Jakim:

 


 

3.   Maryam Mokhtar pula cadangkan Jakim dibubar atau diharamkan.  


 

My Comments : Kenapa pula Jakim kata mereka tidak mempunyai "jurisdiction" atau bidang kuasa untuk menangani isu GISBH?

Sewaktu pengharaman Al Arqam pada tahun 1990an Jakim mainkan peranan besar untuk menyiapkan fatwa (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan). 

Jakim juga mengeluarkan pelbagai kenyataan dan siaran yang menyuluh kesesatan Al Arqam. Contohnya :



Kalau bukan bidangkuasa dia, kenapa Jakim tidak membisu saja sewaktu Al Arqam diharamkan dulu?  Kenapa Jakim boleh begitu kuat bersuara sewaktu kes Al Arqam dan Rufaqa itu? 

Kerajaan Madani harus faham bahawa sejak sebelum 2018 orang Melayu sudah fed up dengan kegoblokan pelbagai parti dan pelbagai kerajaan. 

Kerajaan BN tumbang pada 2018.

Di ganti oleh Dr Mahathir sebagai perdana menteri. Antara 2018 dan 2020, Dr Mahathir kalah TUJUH pilihanraya kecil dan akhir sekali ditendang keluar juga.  Pengundi Melayu tidak sokong Dr Mahathir. Sehingga Dr Mahathir kalah dan hilang deposit di Langkawi!!

Selepas Dr Mahathir dibuang, penggantinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, PM ke 8, juga hilang jawatan pada 2021.  Pengundi Melayu tidak sokong Tan Sri Muhyiddin juga. Pengundi Melayu fed up.

Pada 2021 Muhyiddin (Bersatu) diganti oleh Dato Sri Ismail Sabri (UMNO) sebagai perdana menteri ke 9. Pada tahun berikutnya Ismail Sabri pula kalah pilihanraya dengan begitu teruk sekali. UMNO menang 27 kerusi Parlimen sahaja.

                                 UMNO POPULAR VOTE 1999 - 2022 (Bridget Walsh).

Di ganti oleh Kerajaan Madani. Kerajaan Madani pula lagi tidak popular dengan pengundi Melayu. Sebenarnya mereka kalah undi Melayu sewaktu  PRN Enam Negeri Ogos 2023.

Jawatan Perdana Menteri Malaysia sekarang boleh dianggap sebagai Black Midas untuk menetukan masa depan orang Melayu dan juga masa depan negara. Cerita dongeng Midas Touch (karya penulis British Janet Mark) menceritakan King Midas yang mendapat kuasa ajaib di mana segala apa yang disentuhnya akan bertukar menjadi emas.  

Black Midas (bukan karya penulis British) adalah keadaan sebaliknya. Segala apa yang di sentuh Perdana Menteri Malaysia bertukar menjadi arang dan abu hitam terutama sekali bagi pengundi Melayu. Semuanya rosak - terutama sekali kedudukan ekonomi, politik dan sosial orang Melayu.  Percubaan merasuah orang Melayu dengan kaedah 'Cash Is King' pun gagal. Akhir sekali orang Melayu menghumban tokoh 'Cash is King' itu dalam penjara.  

Dan bab agama  tidak membantu majukan orang Melayu pun. Sebaliknya semua perwatakan agama dalam negara kita (melalui parti politik, jabatan-jabatan agama, pusat zakat, dalam dasar kerajaan di semua peringkat, Perkhidmatan Awam atau Civil Service yang mirip jabatan agama juga (Perkhidmatan Awan), dalam sistem pendidikan) semuanya sering menimbulkan pelbagai kontroversi di sana sini yang melibatkan agama. 

Sebenarnya ramai pengundi Melayu rasa segan dan malu dan tidak suka selalu timbul kontroversi ini dan itu yang mainkan sentimen agama. 

Bukan semua pengundi Melayu setuju buku Nawawi diperkenalkan di sekolah.
Ramai pengundi Melayu tidak setuju dengan Arqam dan pewaris mereka.
Ramai pengundi Melayu tidak setuju cara lembap tangani isu rumah amal.
Bukan semua pengundi Melayu setuju fatwa itu dan ini.
Ramai pengundi Melayu syak wasangka rahsia-rahsia agihan duit zakat. 
Di negara ini hal ehwal agama sering menimbulkan kontroversi daripada penyelesaian.

Jadi apabila dikumpulkan sikit-sikit kontroversi di sini dan di situ lama-lama jadi bukit. 
Semua perdana menteri, tak kira parti apa pun, hilang kepercayaan pengundi Melayu.

Orang Melayu tidak perlu jabatan agama atau fatwa sebelum boleh sembahyang lima waktu. Atau naik haji, atau puasa atau sembahyang jenazah. Zaman bapak-bapak kita dulu tidak ada pun jabatan agama atau majlis fatwa.

Sejak 1511, selama  446 tahun, orang Melayu dijajah bangsa kulit putih Eropah. Tetapi Melayu tetap Islam. Sewaktu zaman penjajah selama 446 tahun itu tidak ada satu kes pun diketahui umum bahawa orang Melayu murtad bertukar agama. Jika berlaku pun adalah amat sikit dan dirahsiakan.  Dan selama 446 tahun tidak ada jabatan agama, tidak ada Jakim, tidak ada pejabat mufti, tidak ada kuasa raja pun sebagai "benteng pertahanan" menjaga dan membela Islam di kalangan orang Melayu. 

Dalam gambar berikut (screenshot wayang lama) perhatikan pelakon bersongkok hitam di belakang sekali. Circle kuning.



Siapa pelakon itu? Pelakon itu menjadi 'supporting actor' atau watak sokongan.  Watak sokongan tidak mainkan peranan utama dalam perjalanan cerita filem. Dia mainkan peranan kecil sahaja tetapi perjalanan cerita filem ini lebih fokus kepada watak utamanya. 

Jadi cuba bayangkan (undi punya pasal) parti politik memperbesarkan watak sokongan yang gelap itu pula. Mereka sibuk mencari identiti sebenarnya. Mereka mahu kaji falsafah songkok tinggi dia ke tahap PhD. Mereka mahu menubuhkan Institut Perfileman Negara atas nama dia. Dengan peruntukan beratus juta Ringgit.

(Ingat tak sewaktu Dr Mahathir dulu, ahli politik UMNO dengan tiba-tiba boleh "mengesan" gadis Siam Phuket sebagai pewaris generasi ketujuh, anak keturunan Mahsuri di Langkawi?  

..yang lahir pada 1986 dan menetap di Phuket, Thailand dikatakan menamatkan sumpah tujuh keturunan Mahsuri ke atas Pulau Langkawi

Undi punya pasal. Last sekali Dr Mahathir hilang deposit di Langkawi. Dan sekarang Langkawi kembali kering dan seolah disumpah sekali lagi.)

Jadi pelakon-pelakon politik ini are missing the point. Mereka perbesarkan watak sokongan dan memperkecilkan watak utama. 

Orang Melayu sudah tahu sembahyang, puasa, zakat, sembahyang Jumaat, sembahyang jenazah, naik haji dsbnya. 

Orang Melayu mahu berjaya, maju dan sukses. Itu saja.

Di sinilah parti politik Melayu, perdana menteri Melayu dan dasar-dasar mereka semuanya kehilangan undi Melayu. 

  • Orang Melayu tahu sembahyang tapi dia mahu maju. 
  • Hang nak ajar dia sembahyang buat apa? 
  • Hang kena ajar dia untuk maju.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.