PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR membidas cabaran Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris supaya Parlimen dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya kilat bagi mengukur sokongan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ketua Pemuda PKR Adam Adli menyifatkan cadangan Razali itu ‘hanya ikut selera Bersatu’ dan tidak perlu dilayan terutama dalam keadaan kerajaan bekerja untuk rakyat.
“Walaupun ada kritikan terhadap dasar kerajaan tetapi tidak sampai ke tahap krisis politik, maka tiada keperluan panggil pilihan raya semula.
kata timbalan menteri belia dan sukan itu kepada FMT.Ini bukti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) ini memang tidak peduli soal kestabilan politik negara, bukan pembangkang baik sebaliknya suka heret negara jadi kucar kacir seperti Langkah Sheraton dahulu,
Terdahulu, FMT melaporkan Razali mencabar Anwar membubarkan Parlimen segera untuk memberi laluan kepada pilihan raya kilat sebagai jalan terbaik mengukur sokongan kerajaan hari ini, bukan usul tidak percaya di Dewan Rakyat.
Jumaat lalu, Anwar mencabar pembangkang mengikut undang-undang dan proses betul dengan membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Penggal Parlimen ke-15 hanya tamat Disember 2027.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Amanah Selangor Azli Yusof pula berkata cadangan Razali itu sebagai tidak masuk akal sambil menambah rakyat telah memberi mandat kepada Anwar pada PRU15 melalui proses pilihan raya.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, keadaan politik semakin stabil dengan semua anggota kerajaan menumpukan penambahbaikan tatakelola, pemulihan ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat.
“(Namun) Dewan Rakyat adalah medan terbaik sekiranya ada elemen tidak percaya terhadap kepimpinan negara. Itu pun kalau ada.
katanya.Sebenarnya tidak ada, tetapi PN sengaja mengheret rakyat dalam kancah politik kebencian dan naratif yang mereka sengaja cipta,
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dari PKR pula berkata pilihan raya kilat tak ada disebut dalam perlembagaan.
katanya. - FMTSoal pilihan raya bukan perkara main-main, bukan perkara kecil, kerajaan sekarang disahkan pentadbir sah,
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.