Wednesday, October 2, 2024

Kerajaan mudahkan syarat naik taraf lesen motosikal B penuh

 

Free Malaysia Today
Kerajaan sebelum ini mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan program peralihan lesen motosikal B1, B2 kepada B penuh bermula Oktober.

PETALING JAYA
Kementerian Pengangkutan bersetuju melonggarkan syarat untuk mereka yang mahu menaik taraf lesen motosikal B1 dan B2 kepada B penuh.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata pemohon kini hanya perlu memiliki lesen untuk tempoh lebih 10 tahun, bukannya aktif 10 tahun secara berterusan untuk memohon.

“Kita mendengar maklum balas dan keluhan orang ramai yang gagal menyertai program ini kerana syarat tersebut (memiliki lesen 10 tahun secara berterusan) terutama ketika PKP (perintah kawalan pergerakan) mereka tidak dapat memperbaharui lesen.

Selepas perbincangan kita bersetuju untuk memudahkan syarat itu dan tempoh layak lesen hanya mencukupi untuk tempoh 10 tahun ke atas dan tidak perlu perlu aktif secara berterusan,
 katanya dalam satu sidang media.

Lesen kelas B2 adalah untuk motosikal tidak melebihi 250cc dan kelas B untuk motosikal melebihi 250cc ke atas.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan program peralihan lesen motosikal B1, B2 kepada B penuh bermula Oktober.

Antara syarat ditetapkan adalah individu memegang lesen B1 atau B2 secara aktif selama 10 tahun, tidak disenarai hitam, tiada saman tertunggak dan rekod jenayah serius.

Selain itu, pemohon perlu melengkapkan program peralihan dan penyesuaian selama dua jam di institut memandu, yang merangkumi latihan menunggang motosikal serta teknik pemanduan selamat bagi motosikal yang melebihi 250cc. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.