tanya seorang kawan lama saya melalui WhatsApp tempoh hari.Mufti Bill ni amende?
jawab saya.Entahlah,
kata saya lagi. Kami bercakap mengenai Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 yang dikatakan akan dibentang untuk bacaan kali kedua di Parlimen minggu ini.Aku pun bingung,
Empat belas kumpulan berpangkalan di Sabah dan Sarawak (pasti dianggotai orang bukan Islam) melahirkan kebimbangan RUU berkenaan jika atau apabila diluluskan kelak akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam ‘dalam sekelip mata’.
Secara am masyarakat bukan Islam negara ini sependapat dengan kumpulan 14 itu. Sememangnya mereka sering bimbang dan melihat hampir setiap langkah berkait Islam yang diambil pihak berkuasa akan membawa Malaysia jadi negara Islam. Atau diperintah ala Taliban di Afghanistan. Diakui kadangkala mereka agak ‘over’. Keterlaluan. Namun, mungkinkah mereka ‘have a point’ kali ini?
Tidak. Jika diambil kira kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selaku jurucakap kerajaan Madani. Katanya pembentangan RUU itu tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam seperti mana didakwa kumpulan disebut tadi.
Kata Fahmi RUU tersebut mempunyai persamaan dengan Enakmen Fatwa Negeri Sabah yang diluluskan 20 tahun lalu. Menurut Fahmi beliau dimaklumkan hampir semua fasal dan perkara terkandung dalam RUU Mufti Wilayah Persekutuan hampir sama dengan Enakmen Fatwa Sabah yang mengandungi fasal dan perkara mengenai mufti Sabah.
katanya. Berdasarkan itu bolehkah disimpulkan kebimbangan, kegusaran dan bantahan masyarakat bukan Islam tidak bertempat?Enakmen tersebut telah diluluskan Sabah pada 2004. Sabah tak berubah dari amalan atau kebebasan beragama bagi yang bukan Islam,
Akan tetapi ada juga dalam kalangan umat Islam sendiri yang membantah. Mengapa? Ada peguam beragama Islam (tetapi bukan peguam syarie) mendakwa RUU berkenaan boleh ‘membawa kesan serius kepada orang Islam di Malaysia’. Apa maksud mereka?
Satu aspek penting dalam RUU Mufti Wilayah Persekutuan tentulah membabitkan kuasa mufti. Kata Fahmi beliau sudah mendapat pandangan menteri hal ehwal agama dan dimaklumkan kenapa RUU Mufti digubal dan dibawa ke Parlimen. Antara lain katanya ialah untuk memastikan dari segi punca kuasa bagi mufti itu jelas. Lalu saya bertanya – Adakah bermakna sekarang punca kuasa mufti tidak jelas? Selama ini tidak jelas sehingga perlu menggubal RUU untuk dibawa ke Parlimen sekarang?
Bagaimanapun, kata Fahmi apabila dibawa ke Parlimen, itu bermaksud akan ada kebertanggangungjawaban kepada jawatan mufti di peringkat Wilayah Persekutuan. Maaf saya bertanya lagi – sekarang tidak ada ‘kebertanggungjawaban’ kepada jawatan mufti Wilayah Persekutuan?
Berkata lagi Fahmi seperti dilapor Malaysiakini:
Jika begitulah keadaannya buat apa ada RUU ini ‘in the first place’?Pada masa sama tidak ada peningkatan kuasa kepada mufti, ia sama seperti yang ada sekarang.
Jujur saya kata saya bingung.Cuma bezanya kita nak membawa dan jadikan ia satu akta Parlimen supaya sangat jelas bidang kuasanya dan tidak ada dakwaan serta pertikaian tentang punca kuasa bagi tindakan-tindakan mufti.
Menurut Fahmi semua pihak perlu celik undang-undang (which i am not) iaitu Islam adalah untuk amalan Muslim dan ia bukan sahaja perlu dihormati tetapi teratur dari aspek perundangan (which i fully agree).
kata beliau.Dengan membawa RUU Mufti Wilayah Persekutuan ini ke Parlimen jawatan mufti itu akan lebih mempunyai ketertiban dari segi perlembagaan dan undang-undang dalam negara kita,
Imbas kembali laporan media 11 Julai 2024. Raja Perlis dilapor bertitah baginda mengikuti dengan rapat dan menimbang dengan penuh hati-hati akan polemik yang timbul ekoran pembentangan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 melalui bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Titah Raja Perlis:
Dengan melihat butiran RUU yang dibentangkan, beta berpandangan bahawa adalah tidak wajar berlaku di dalam negara tercinta ini akan tindakan untuk menyempitkan takrif Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah hanya bersumberkan aliran al Asyairah dan al Maturidiah.
Menurut baginda tindakan seumpama itu adalah tidak bersifat inklusif bahkan membawa elemen sektarian dalam kalangan umat Islam di negara ini.
titah Raja Perlis.Justeru, beta tidak mahu Majlis Raja-Raja diheret dan digunakan bagi menyokong RUU ini,
Adakah ‘concerns’ Raja Perlis serta maklum balas Majlis Raja-Raja sudah diambil kira RUU yang bakal dibentang kali ini di Parlimen?
Dalam pada itu Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengajak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhrar berdialog dengannya berhubung isu RUU ini. Ada eloknya dialog itu diadakan supaya yang keliru tidak terus keliru. Apatah lagi perdana menteri dipetik media berkata isu RUU itu ‘biar menteri agama yang jawab’.
Lazimnya saya akan ‘delete’ teks WhatsApp selepas membacanya. Kali ini tidak. Teks kawan lama saya yang bertanya ‘Mufti Bill ini amende?’ masih ada di telefon saya. ‘Every now and then’ saya baca dan renung. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.