KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyeru syarikat konsesi agar mengikuti tatacara operasi standard mengenai membaiki jalan berlubang bagi jalan persekutuan.
Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata SOP tersebut menetapkan segala lubang hendaklah ditampal dalam tempoh 24 jam.
“SOP untuk menutup lubang jalan dan perbaiki jalan rosak hendaklah seperti SOP kami di jalan persekutuan di mana segala kerosakan hendaklah di tampal segala lubang dalam tempoh 24 jam.
“Harapan kami supaya SOP itu diikuti jalan negeri, bandaran, desa dan pertanian,” katanya dalam ucapan sempena majlis malam media KKR dan Anugerah Media Pembinaan 2024 anjuran Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
Ahmad juga menyeru syarikat konsesi menjadikan kes saman oleh pengguna jalan raya sebagai pengajaran. “Itu jadi peringatan kepada kita jaga jalan di seluruh negara dengan cepat, cermat dan tepat.”
Pada April, media melaporkan seorang penunggang motosikal yang cedera akibat kemalangan ketika melalui jalan berlubang di Pasir Gudang, Johor tiga tahun lalu peroleh ganti rugi RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggara jalan.
Sinar Harian melaporkan Mahkamah Sesyen pada 28 Feb lalu memerintahkan syarikat yang dilantik kerajaan negeri itu, membayar kos berkenaan kepada Razali @ Mohd Leey Subeh.
Berikutan keputusan hakim, syarikat penyelenggaraan itu dilaporkan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.