Saturday, November 2, 2024

Wanita "donate gold" ? Israel sudah lama tutup sempadan Gaza, Bank semua sudah hancur, duit derma tak boleh masuk. Puan-Puan Elok Teliti Dulu.

 "saya amat kurang yakin bagaimana caranya segala duit derma untuk Filistin, derma emas untuk Filistin boleh sampai pun ke tangan penduduk di Gaza?"


 

  • launched 'Gold for Palestine' project 
  • aimed specifically at women in the state 
  • to raise funds for Palestine
  • project was testament of concern
  • launched specifically for women
  • Women donating jewellery, rings, pendants, bracelets, gold chains

 

My Comments :



  • Sejak 7hb Oktober tahun sudah (2023) bank di Gaza sudah tutup. 
  • Tidak ada wang tunai yang baru boleh masuk ke Gaza 
  • (No new cash in circulation)
  • ATM yang masih beroperasi potong "komisyen" 17% setiap kali cucuk duit. 
  • Maksudnya kalau orang Gaza mahu keluarkan 100 riyal, ATM itu akan potong 17 riyal sebagai komisyen. Yang mereka akan dapat hanya 83 riyal. 

Sila dengar YouTube yang singkat ini (kurang tiga minit) untuk fahami keadaan di Gaza.

 


Jadi saya amat kurang yakin bagaimana caranya segala duit derma untuk Filistin, derma emas untuk Filistin boleh sampai pun ke tangan penduduk di Gaza?

Takkan nak bawa wang tunai dan ketul emas dalam kampit beras? Sempadan Gaza sudah tutup sejak setahun dulu.

Sempadan Gaza sudah tutup, bank sudah tutup (kalau belum hancur).  

Di YouTube pula ramai scammer buat video kutip derma atas pelbagai alasan. 

Ada juga manusia jenis lain yang langsung tiada hati perut yang sanggup menunjuk gambar  bayi dalam saat-saat ketika kematiannya sebab tidak minum susu. Semuanya alasan untuk mengutip duit derma.


ketika kematiannya?  Sila perhatikan botol susu yang penuh susu di sebelah kanan gambar. Bayi ini masih hidup dan sihat wal afiat (perhatikan genggaman tangannya). Dia sedang tidur lena.

Elok teliti dulu sebelum mahu derma duit, derma emas dsbnya. Suruh mereka jelaskan dengan detail bagaimana duit dan emas derma itu akan sampai ke tangan penduduk Gaza? Terutama sekali sebab sejak lebih setahun semua bank Gaza tutup, semua bank telah hancur dan sempadan Gaza sudah ditutup.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.