Sunday, December 29, 2024

Kelindan maut lori langgar papan tanda PLUS

 

Free Malaysia Today
Keadaan lori selepas merempuh tiang papan tanda di tepi Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan di Gurun semalam. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA
Seorang maut, manakala dua lagi cedera selepas lori dinaiki terbabas melanggar papan tanda di KM77.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan di Gurun semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Mohd Fauzi Razali, berkata seorang kelindan maut, manakala pemandu lori dan seorang lagi kelindan cedera dalam nahas kira-kira 5 petang itu.

“Dua mangsa berusia 33 tahun dan 24 tahun berjaya keluar dari lori dengan bantuan orang ramai dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa berusia 20 tahun yang tersepit di tempat duduk penumpang sebelah kiri dikeluarkan menggunakan peralatan penyelamat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.