
Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar, berkata bangkai mamalia itu merupakan kes ketiga dengan dipercayai dibunuh berdasarkan keadaan bangkai yang sudah mereput.
“Gajah ini mungkin telah dibunuh dalam tempoh dua minggu lalu. Saya beranggapan gajah yang ketiga ini telah dibunuh lebih awal dari gajah kedua, cuma ia ditemui lebih lewat,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew, agensi itu sudah kenal pasti pelaku, namun belum mempunyai bukti kukuh untuk dibawa ke muka pengadilan.
“JHL sedang berusaha untuk menangkap pelakunya dan apa yang dimaklumkan, mereka telah mengenal pasti beberapa suspek, tetapi belum ada bukti kukuh setakat ini yang boleh mengesahkan mereka sebagai pembunuh gajah tersebut.
“Jadi pemantauan sedang dibuat dan saya percaya ada penduduk kampung yang tahu siapa pelakunya, namun mereka tidak mahu tampil ke hadapan,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.