Penafian itu susulan dakwaan di media sosial ahli keluarga Musa Aman terlibat dalam kes di sebuah sekolah di Papar.

Istana Seri Kinabalu dalam kenyataan kepada Bernama menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab serta bersifat fitnah yang boleh mencemarkan reputasi keluarga Musa.
Istana juga meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berbaur fitnah serta mengingatkan penyebaran maklumat palsu boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Sebarang perkembangan berkaitan siasatan hendaklah dirujuk kepada polis atau Kementerian Pendidikan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham orang awam,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata siasatan kes itu dibawa ke Bukit Aman untuk pemerhatian dan juga penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
Pelajar berusia 13 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 11 pagi 17 Julai, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.