Sunday, July 20, 2025

Presiden Korea Selatan lantik utusan khas ke Malaysia

 Utusan khas itu bagi menyampaikan hasrat kerajaan Korea Selatan untuk memperkukuh hubungan strategik yang terjalin sejak tahun lepas.

Hubungan Malaysia-Korea Selatan dipertingkatkan ke tahap perkongsian strategik pada November 2024. (Gambar EPA Images)
PETALING JAYA:
 Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung, pada Ahad melantik utusan khas ke Malaysia, menurut jurucakapnya.

Pasukan ke Malaysia akan diketuai bekas menteri lautan, Kim Young-choon, dan akan disertai Ahli Parlimen Nam In-soon dan Yun Kun-young, lapor Bernama memetik agensi berita Yonhap.

Utusan khas itu akan berlepas pada Selasa, bagi menyampaikan hasrat kerajaan Korea Selatan untuk memperkukuh hubungan strategik yang terjalin sejak tahun lepas.

Lee secara rasmi diisytiharkan sebagai presiden baharu Korea Selatan pada 4 Jun lalu.

Pentadbiran beliau merancang untuk menghantar utusan khas ke 14 negara bagi menjelaskan falsafah dan dasar luar kerajaan baharu.

Susulan pemilihan Lee, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kesediaan Malaysia memperkukuh hubungan dua hala dengan Korea Selatan dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, teknologi, keamanan dan keselamatan.

Hubungan Malaysia-Korea Selatan dipertingkatkan ke tahap perkongsian strategik pada November 2024. - fmt

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.