Penelitian meliputi sumber tenaga pengajar, prasarana serta kesediaan semua pihak terlibat.

Penelitian meliputi sumber tenaga pengajar, prasarana serta kesediaan semua pihak terlibat.
Menteri Fadhlina Sidek berkata langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan memenuhi objektif memperkukuh asas pendidikan awal negara.
“Soal dasar sudah selesai, kini KPM meneliti lebih mendalam dari sudut teknikal dan operasi supaya pelaksanaannya nanti benar-benar memberi kesan positif.
“Kita ada tempoh lima tahun sepanjang RMK13 dan KPM juga akan mengadakan taklimat khas kepada pihak media untuk memberi penerangan menyeluruh mengenai langkah ini,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Pelajar Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 Peringkat Kelantan.
Ditanya kemungkinan berlaku perubahan usia kemasukan Tahun 1 kepada enam tahun atau pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada usia 16 tahun, beliau berkata perkara itu akan diumumkan selepas perincian dibuat.
Khamis lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RMK13 berkata kerajaan akan mewajibkan pendidikan prasekolah bermula usia lima tahun bagi memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak dan meningkatkan keberhasilan sistem pendidikan negara. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.