Hantaran Mohd Amar Abdullah itu menarik perhatian kerana mungkin dikaitkan hubungan dengan Bersatu pasca isu menteri besar Perlis.

Hantaran speaker DUN Kelantan itu mendapat perhatian susulan pelantikan wakil Bersatu Abu Bakar Hamzah sebagai menteri besar Perlis, menggantikan Adun Sanglang Shukri Ramli daripada PAS.
Beliau enggan mengulas lanjut apabila dihubungi FMT.
Pada PRU15, PN menang 14 daripada 15 DUN dengan PAS menguasai sembilan manakala Bersatu pula lima.
Bagaimanapun, Speaker DUN Perlis Rus’ele Eizan pada Khamis mengumumkan kekosongan luar jangka di DUN Chuping (Saad Seman), Bintong (Anwar Ismail) dan Guar Sanji (Ridzuan Hashim) kerana terhenti keahlian PAS.
Mereka adalah antara lapan Adun PN yang menandatangani akuan berkanun (SD) yang memaklumkan menarik balik sokongan terhadap Shukri.
Selain Abu Bakar, Adun Bersatu yang didakwa terlibat ialah Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Marzita Mansor (Sena).
Shukri meletak jawatan menteri besar Perlis pada Khamis, atas faktor kesihatan.
Abu Bakar yang juga ketua Bersatu Perlis mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, hari ini.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Bersatu mengambil tindakan terhadap lima wakil rakyatnya yang menandatangani SD. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.