William Ng berkata walaupun jumlahnya kecil skim terbabit langkah awal positif menangani kekangan pembiayaan usahawan komuniti itu.

Presidennya William Ng berkata kebimbangan itu timbul susulan keluhan berterusan PMKS Cina dan India yang merasakan akses kepada pembiayaan kerajaan masih tidak mencukupi.

“Jumlah diumumkan mungkin kecil, tetapi ia satu permulaan baik.
“Sekurang-kurangnya buka peluang PMKS Cina memerlukan pembiayaan pada kadar rendah dan tanpa cagaran,” katanya kepada FMT.
Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim mengumumkan skim pembiayaan baharu bernilai RM50 juta untuk PMKS masyarakat Cina yang akan dilancarkan bulan depan.
Pada masa sama, beliau berkata dana pembiayaan Bumiputera di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional akan dinaikkan kepada RM500 juta tahun depan, manakala peruntukan usahawan India ditingkatkan daripada RM30 juta kepada RM50 juta.
Sim yang bertukar ke portfolio itu menerusi rombakan Kabinet, Selasa lalu menjelaskan langkah terbabit selaras dasar pemerkasaan PMKS dan koperasi secara inklusif merentas kaum.
Ng berkata peningkatan peruntukan kepada semua komuniti itu dapat membantu meredakan tekanan aliran tunai dihadapi PMKS ketika ini.
“Dalam konteks politik semasa, pengumuman ini langkah progresif kerajaan,” katanya sambil mencadangkan pembiayaan perniagaan pada masa depan diberi berdasarkan keperluan dan impak ekonomi, bukan berasaskan kaum semata-mata.
Beliau turut memuji tindakan pantas Sim termasuk pelaksanaan moratorium kepada PMKS yang terjejas banjir, serta usaha mengurangkan tempoh dan kos pemprosesan pembiayaan.
“Ini menunjukkan pemahaman jelas terhadap realiti PMKS dan komitmen untuk mewujudkan persekitaran perniagaan lebih mesra, cekap dan berdaya saing,” katanya.
Ng berkata, Samenta berharap dapat bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) bagi memastikan PMKS terus diperkasa untuk berkembang dan bersaing di peringkat domestik serta global. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.