Saturday, December 27, 2025

DJ Wukong bakal ‘gegar’ sambutan tahun baharu di Resorts World Genting

Pusat peranginan itu menawarkan hiburan dan pilihan hidangan menarik untuk sambutan bersama keluarga serta rakan.

resort world genting
Genting World Genting menjanjikan pengalaman sambutan tahun baharu menarik kepada pengunjung. (Gambar Resorts World Genting)
PETALING JAYA:
 Jika anda mencari lokasi sambutan ambang tahun baharu penuh tenaga, muzik dan suasana festival, Resorts World Genting (RWG) kembali menawarkan pengalaman meriah pada 31 Dis ini.

Acara utama akan berlangsung di Arena of Stars, menampilkan gabungan muzik secara langsung, persembahan tarian dan set DJ bertenaga tinggi untuk membawa pengunjung melangkah ke tahun baharu dengan penuh gaya.

Bagi mereka yang ingin menikmati suasana terbuka, siaran langsung turut disediakan di Madison Square, menjanjikan pengalaman sambutan tidak kurang meriah.

Sambutan malam Tahun Baharu akan dihoskan oleh Shaun Stephen dan dimeriahkan dengan penampilan istimewa ManHanD, kumpulan Canto-rap tempatan yang terkenal dengan lirik kreatif dan gaya unik mereka.

Turut membuat persembahan ialah Juztin Lan, KAIA Lee dan Tan Yin Ern, yang akan mempersembahkan gabungan vokal dinamik sebelum acara memuncak dengan persembahan utama oleh DJ Wukong dari Singapura.

Dikenali dengan gaya festival dan tenaga luar biasa, DJ Wukong dijangka mengekalkan semangat penonton sehingga detik akhir tahun dan diteruskan dengan acara selepas tengah malam.

konsert genting
Barisan penghibur yang bakal menemui orang ramai pada sambutan ambang tahun baharu di Resort World Genting.

RWG menawarkan tiket percuma dengan tempat duduk terhad yang boleh ditebus melalui kempen PMP atau diambil pada hari acara di kaunter penebusan berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat.

Sekiranya kapasiti Arena of Stars penuh, pengunjung masih boleh mengikuti sambutan melalui siaran langsung di Madison Square dengan kemasukan terakhir adalah pada 11 malam.

RWG turut menyediakan pelbagai pilihan santapan bagi melengkapkan pengalaman sambutan tahun baharu.

Coffee Terrace menawarkan bufet khas pada malam tahun baharu dengan sajian antarabangsa pada harga RM128 untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak, dengan diskaun RM10 bagi tempahan melalui i-Holidays.

Bufet makan tengah hari pada 1 Januari turut disediakan pada harga lebih mesra keluarga.

Bagi mereka yang inginkan pengalaman makan malam lebih eksklusif, Park Avenue Restaurant menyajikan menu set tiga hidangan khas pada malam tahun baharu pada harga RM250 seorang manakala Trattoria Il Lago menawarkan menu set berharga RM118.

Maklumat lanjut mengenai acara dan promosi boleh didapati di rwgenting.com atau melalui platform media sosial rasmi Resorts World Genting. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.