Saturday, December 20, 2025

SEDIKIT NASIHAT KEPADA ANGGOTA POLIS: JANGAN TERLIBAT JENAYAH

 Mula sekali sila teliti kenyataan YB Ahli Parlimen Kepong.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/12/18/lim-lip-eng-why-still-no-arrests-when-durian-tunggal-police-shootings-now-considered-murder/202322

By Malay Mail
Thursday, 18 Dec 2025 

  • Kepong MP Lim Lip Eng said public confidence at risk  
  • after police failed to detain officers following Durian Tunggal murder
  • He said public did not want repeat of past failures
  • citing Altantuya Shaariibuu murder case 
  • example of how inaction allowed convicted policeman to flee overseas
  • Lim warned similar pattern in Melaka if authorities failed to act decisively 
  • In any murder, most basic procedure is detain those involved for investigation
  • Melaka police have still taken no action
  • raising question of what they are waiting for and who is being protected, he said 
  • He called on IGP to speak up and provide a public explanation.
  • Lim asked who was responsible for investigation 
  • and if any attempts to conceal or distort facts
  • His statement followed AG reclassify case under Section 302 of Penal Code.
  • MP M. Kulasegaran questioned why not treated as murder from beginning 
  • On Nov 24, three men shot dead by police in Durian Tunggal
  • Families and lawyers dispute this, citing 13-minute phone call 
  • one man pleaded for their lives that preceded gunshots
  • suggesting cooperation rather than aggression

MY COMMENTS:

Kepada semua anggota Polis  - daripada prebet sampai ke IGP - dengar baik-baik ok.

Arwah ayah saya dulu mula bertugas dengan Police Field Force, Ulu Kinta.  Dari sekitar 1955 hingga 1970. Bahagian pentadbiran, bukan pegawai beruniform atau bersenjata. Masa itu adalah zaman Darurat (Malayan Emergency). Antara anggota Polis yang ayah saya kenali adalah mendiang Inspector Kulasingam - yang lebih dikenali sebagai DSP Kulasingam yang sangat famous itu.

Pada tahun 70an DSP Kulasingam pernah melawat ayah saya dan saya sempat mendengar cerita-cerita lama zaman Darurat (Malayan Emergency).  DSP Kula menceritakan bagaimana "our boys" akan masuk ke Thailand untuk mencari dan menembak mati (eliminate) anggota CPM (Communist Party of Malaya) yang bersembunyi di Thailand. Mereka akan menyamar sebagai lorry driver (contohnya), masuk Thailand, mencari sasaran secara senyap, selesaikan misi dan "lari" balik ke Malaysia secara senyap.  

Tetapi itu adalah zaman Darurat atau Emergency. Zaman Darurat itu sebenarnya adalah peperangan antara negara kita dan pengganas komunis yang telah tamat dengan perjanjian damai ditanda tangani pada tahun 1989. Pasukan keselamatan kita berhak menjalankan operasi dan misi untuk menjaga keselamatan negara. 'Black ops' atau operasi sulit untuk 'eliminate' anggota CPM di Thailand itu mempunyai alasan yang kukuh (can be justified).

Pada sekitar tahun 2000 pula pasukan keselamatan kita bersama US Marines dan US Navy Seals pernah menembak mati (eliminate) anggota Abu Sayaf dan pengganas Moro yang lain di sekitar perairan Sabah dan perairan sempadan Filipina. Itu juga adalah 'black ops' atau operasi sulit.  Operasi serupa itu perlu kerana "persengketaan" yang wujud di Sabah pada waktu itu. It can be justified.

Tetapi dalam kes-kes lain yang telah melibatkan anggota Polis - kes pembunuhan Altantuya Sharibuu, kes penculikan dan hilang secara paksa Pastor Koh, Amri Che Mat, Pastor Joshua Helmi dan isteri Ruth Sitepu dan entah siapa lagi dan sekarang kes pembunuhan di Durian Tunggal - jelas sekali anggota Polis diberi arahan oleh pegawai atasan yang jelas sekali confused antara menajalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara atau sebab-sebab lain yang saya pun tak faham. 

Altantuya Sharibuu dibunuh atas arahan siapa? Dan apakah matlamat pembunuhan wanita itu? Apakah pembunuhan Altantuyaa Sharibuu untuk menjaga keselamatan negara? The Malayan Emergency is over. Abu Sayyaf pun sudah pencen.

Pastor Koh, Amri Che Mat, Pastor Joshua Helmi serta isteri Ruth Sitepu dan entah siapa lagi diculik dan dihilangkan atas arahan siapa pula? Dan bagaimanakah mereka telah mengancam keselamatan negara?  

Saya ada sedikit soalan untuk anggota Polis - Apakah orang yang rasa senang dihati sembahyang kepada tuhan mereka lebih membahayakan keselamatan negara atau orang lain yang sanggup membunuh orang yang rasa senang sembahyang kepada tuhan mereka?  Terutama sekali dalam sebuah negara dan masyarakat yang sepatutnya 'civilised'?  

Jika Polis keliru atau terbuntu untuk menjawab soalan simple seperti ini maka akan terjadilah Public Inquiry Suhakam 2019, keputusan kes Pastor Koh oleh Mahkamah Tinggi 5hb November, 2025 dsbnya. 

(Dan hari ini 20hb Disember 2025. Jadi 45 hari x RM10,000 denda sehari = RM450,000 duit rakyat yang terpaksa dibayar kepada keluarga Pastor Koh. Just thinking aloud, boleh potong gaji IGP ke?)  

Dan yang latest pula kes tembak mati tiga lelaki India di Durian Tunggal. Kita lihat dulu ayat al Quran, (Surah Al-Ma'idah 5:45):

وَفِيها كُتِبْنَا عَلَيْهِمْ أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّـٰنَ بِالسِّـٰنِ وَالْجُروحَ قِصَاصٌ ۗ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ ۗ وَمَن لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْكَٰفِرُونَ

Terjemahan:  Dan Kami tetapkan bagi mereka di dalamnya: "Hidup dibalas dengan hidup, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka yang setimpal." Barangsiapa yang menyerahkan haknya (memaafkan), maka itu adalah penebus dosa baginya. Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

Ayat ini jelaskan apa yang disebut balasan setimpal  'an eye for an eye, a tooth for a tooth' bagi sesiapa yang menyebabkan kematian atau cedera.  

Tetapi ada warning juga: "barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir" - Jangan berlebih-lebihan. Nauzubillah nauzubillah.

Tanpa pengecualian (without exception) semua masyarakat dalam dunia ini yang civilised masih mengikut sistem 'an eye for an eye, a tooth for a tooth'.   Tetapi semua masyarakat dunia yang civilised mesti mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Yes memang 'an eye for an eye, a tooth for a tooth' tetapi mesti ikut Rule of Law. 

Kita tidak lagi 'send our boys' masuk Thailand secara senyap untuk menembak mati pengganas komunis secara senyap. Dan saya berharap kita tidak lagi perlu menembak mati  bebudak miskin papa-kedana Moro dan Sulu di sempadan laut Filipina. There are much easier and much better ways to solve the problem.

Kita ada law and order. Sehingga kaum munafik pun melaungkan kita adalah 'negara hukum' (a country with law and order).  Kita tidak boleh menyelesaikan masalah ikut sistem 'cowboy justice' atau 'frontier justice'. Tak boleh "shoot first and ask questions later". 

CONCLUSION: 

Rule No. 1 - Polis ikut arahan. The Police must obey orders. Kalau anggota Polis tidak ikut arahan, the whole Police Force akan collapse.

Masalahnya adalah apakah option atau pilihan yang ada kepada anggota Polis pangkat bawah (lower ranking Police officers) SEKIRANYA mereka menerima arahan daripada pegawai atasan yang mencurigakan atau yang jelas sekali menjurus kepada perbuatan jenayah?

What options does the lower ranking policeman have?

Sebab yang akan tersabit dan terpalit kesalahan esok bukan pegawai atasan yang telah memberi arahan tetapi anggota bawahan yang setia ikut arahan.  

Kita telah melihat kes Altantuyaa Sharibuu, kes penculikan Pastor Koh dan Amri Che Mat dan sekarang kemungkinan besar kes di Durian Tunggal. Arahan turun dari atas tetapi yang menanggung risiko dan terkena tindakan undang-undang adalah pegawai bawahan. 

Dalam kes Altantuyaa dua anggota Polis pangkat rendah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan. Sehingga hari ini kita tidak jelas siapa yang telah memberi arahan kepada mereka untuk membunuh Altantuyaa? Kalau mereka dibayar duit pun siapa yang mengupah mereka? Dalam kes itu Mahkamah gagal putuskan 'motive' kedua anggota yang terlibat itu. Apakah motive mereka yang sebenarnya? Why the hell did they want to kill Altantuyaa? 

Menggunakan keganasan atau kekerasan di luar undang-undang itu adalah jenayah.  Tetapi bagi anggota Polis pangkat rendah mengikut arahan pegawai atasan adalah SOP yang mesti dipatuhi. Otherwise Police Force akan hancur.

Dan saya yakin tidak ada seorang pun pegawai polis yang menjadi 'rogue officer' atau menjadi pegawai samseng yang sanggup menyalahi undang-undang ikut suka hati.  What do they get in return? Nothing. 

Jadi kepada IGP, pegawai tinggi Polis dan pegawai senior di Kementerian Dalam Negeri, you must make sure that any type of  "extra judicial sentencing" is not part of our system.  

Many people nowadays are educated - with Masters and PhD degrees. But education is no guarantee of civilised behaviour. The German Nazis were among the most highly educated people in the world. Goebbels earned a PhD in Literature from the University of Heidelberg. Rudolph Hess had a PhD in Economics from the University of Munich. Albert Speer was an architect. But these Nazis were uncivilised barbarians. They were worse than animals. 

This is my advice - do not fall into this type of trap. 

Since 1957 we have done exceptionally well in developing the physical infrastructure of this country. Until about the early 1980s we were very successful in "nation building" - creating a united Malaysia - on the same trajectory as Singapore. 

But since the mid 1980s that 'nation building' part has gone sideways and even backwards. Reverse gear. 

Today in 2025 there are people who do not seem to know if they are coming or going.  They do not even know if they are going forward or backward. 

But as always there is a great solution. An easy solution - just obey the law. 

The law is the great equaliser. Whether educated or not educated, civilised or not civilised JUST OBEY THE LAW.

Especially when your job is to deal with those who do not obey the law. There must be a difference between those who obey the law and those who do not obey the law. 

 The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect the views of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.