Nelayan Zon C2 tidak menikmati Skim Kawalan Diesel Bersubsidi seperti nelayan Zon A, B dan C, kata LKIM.

Pengerusi Faiz Fadzil berkata golongan berkenaan antara yang paling terkesan memandangkan mereka tidak menikmati Skim Kawalan Diesel Bersubsidi seperti nelayan Zon A, B dan C yang menerima subsidi pada kadar RM1.65 seliter.
Beliau berkata kenaikan harga bahan api itu meningkatkan kos operasi penangkapan hasil laut.
“Golongan nelayan Zon C2 memang perlu beli diesel pada harga industri, iaitu RM5.52 seliter. Mereka telah buat rayuan dan kami melihat apa kaedah terbaik untuk kami bantu golongan nelayan berkenaan,” katanya selepas menyempurnakan majlis bersama nelayan di Kertih.
Pada majlis itu, 31 nelayan daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kemasik menerima bantuan enjin sangkut, pukat, tong insulasi 100 liter dan jaket keselamatan.
Jumlah keseluruhan bot nelayan kategori Zon A pula sebanyak 41,282 buah, Zon B (4,161 buah) dan Zon C (2,997 buah).
Dalam pada itu, beliau berkata jumlah pendaratan ikan negara tidak terjejas meskipun beberapa negeri berdepan fenomena cuaca panas ketika ini.
“Secara purata, jumlah pendaratan ikan di seluruh negara adalah sebanyak 707,009.83 tan metrik setiap tahun,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.