Kejadian awal pagi tadi turut menyebabkan seorang lagi mangsa cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nurmanisha Khamis, 13 ,manakala mangsa cedera, Mohd Rayyan Mohd Faizal dihantar menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.23 pagi sebelum menghantar anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bersama pasukan bantuan dari BBP Tabuan Jaya.
Katanya, sebaik tiba pada 2.27 pagi, sebuah rumah teres dua tingkat jenis kekal didapati terbakar kira-kira 70%.
“Maklumat awal diterima memaklumkan terdapat dua mangsa masih berada di dalam rumah ketika kebakaran berlaku.
“Anggota bomba bertindak memasuki bangunan yang sedang terbakar bagi menyelamatkan kedua-dua mangsa yang dilaporkan terperangkap.
“Sebaik berjaya membawa mereka keluar, anggota bomba segera memberikan rawatan awal di lokasi sebelum mangsa diserahkan kepada petugas KKM untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.
Tambahnya, remaja perempuan itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian, manakala remaja lelaki dihantar ke hospital untuk rawatan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.